Bab 24~{Annoy with Someone}

253 38 14
                                    


Hari-hari Kyril dan Irene berjalan seperti biasa.

Namun, mereka sudah kurang bercakap sesama sendiri. Jika bertembung di mana-mana pun, jarang sekali mereka bertegur sapa.

Ketika di istana pula, Irene lebih kerap meluangkan masanya dengan berkurung di dalam bilik, mengulang kaji pelajaran, berlatih kombat mahupun senjata dan belajar berkenaan adat dan adab diraja daripada Diera.

Manakala Kyril pula, dia lebih sibuk dengan urusan kampus. Bila ada waktu terluang pula, dia akan keluar dan meluangkan masa dengan Maria.

Makanya, masa untuk mereka berdua sudah semakin terhad.

Sehinggalah satu hari, sesuatu berlaku.

Kelas Irene tamat lebih awal daripada yang dijangka.

Seorang lelaki menghampiri gadis itu.

"Hai, Irene."

Irene mendongak, memandang ke arah si lelaki yang menegur.

"Hai, Silver. Ada apa-apa yang boleh aku tolong?" Irene bertanya tanpa reaksi di wajah.

"Oh, tak. Aku cuma nak ajak kau makan tengah hari. Itu pun kalau kau tak kisahlah," ajak Silver dengan teragak-agak.

"Kenapa aku perlu ikut kau?" Irene menjongket sebelah keningnya.

"Aku nak belanja kau balik. Lagipun hari kita keluar tu, kau tak cakap apa-apa pun dan aku tak sempat nak halang kau."

Irene mengeluh panjang.

"Aku tak perlukan balasan apa-apa pun." Irene berdiri dan bersedia untuk berlalu meninggalkan lelaki itu.

"Tunggu dulu." Silver segera menggenggam pergelangan tangan Irene.

Langkah gadis itu terhenti. Dia memandang tepat pada si lelaki.

"Aku..."

"Irene."

Mereka berdua menoleh, memandang pada Kyril yang berdiri di depan muka pintu kelas.

Kyril memandang Silver dan juga Irene silih bergenti. Pandangannya jatuh pada pegangan Silver pada tangan Irene.

Riak wajah Kyril serta-merta berubah serius. Lelaki itu menghampiri mereka berdua.

Tangan Irene ditarik dan dilepaskan daripada genggaman Silver.

"Apa yang kau cuba lakukan, Silver?" Kyril bertanya dengan nada marah.

"Aku cuma nak ajak Irene makan tengah hari je."

"Tak perlu, sebab kami dah janji nak makan dengan yang lain. Kau boleh pergi sekarang."

Silver diam sejenak. Dia memandang pada Irene dan tersenyum.

"Jumpa lagi nanti," katanya sebelum berlalu pergi.

Kyril memandang saja langkah lelaki itu meninggalkan mereka berdua di dalam kelas.

Irene menarik tangannya dari genggaman Kyril.

Kyril segera menoleh.

"Apa abang buat dekat sini?"

"Oh! Layla suruh abang ajak Irene makan sekali dengan kami. Itu pun kalau Irene tak kisah."

"Okey, boleh je."

Kyril tersenyum.

"Kalau macam tu, jomlah. Mereka dah tunggu kita dekat kafe."

Mereka berjalan beriringan menuju ke kafe pelajar.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now