Bab 26~{Long Night}

236 35 8
                                    

Diera dan Irene ditahan di wad kecemasan.

Mereka berdua berada dalam keadaan kritikal.

Diera hampir terbunuh kerana kekurangan oksigen di dalam otak, manakala Irene pula kehilangan banyak darah dan keadaannya sangat tidak stabil tika ini.

Kyril yang berada di luar wad kecemasan berasa sangat tidak tenteram. Dia berasa serba-salah kerana langsung tidak peka dengan keadaan dan gagal melindungi Diera dan Irene.

Kelekaannya membuatkan dua nyawa hampir melayang.

"Kyril!"

Lina dan Zas mendapatkan lelaki itu.

"Akak!" Lina memeluk Kyril dengan erat dan mengusap belakang badan lelaki itu. Dia tahu dan memahami perasaan lelaki itu.

Pelukan dileraikan.

"Dah beritahu Emilia tentang ni?" Lina bertanya kerisauan.

Kyril menggeleng.

"Tak apa, biar saya je yang beritahu dia." Zas bersuara.

'Terima kasih, sayang."

Zas mengeluarkan telefonnya dan berlalu jauh sikit daripada Kyril dan Lina.

"Kyril, kita duduk dulu, ya."

Kyril mengangguk akur.

Mereka berdua duduk. Kyril menunduk memandang lantai dan Lina menggenggam erat tangan Kyril.

"Jangan risau, mereka berdua akan selamat. Mereka sangat kuat." Lina cuba memujuk dan menyedapkan hatinya dan Kyril.

"Kyril gagal, kak. Sepatutnya Kyril yang lindungi mereka. Kalau saya tak leka, pasti benda macam ni tak akan terjadi. Irene tak sepatutnya ada dalam tu, kak."

Air mata lelaki itu menitik perlahan.

Lina mengusap belakang badan Kyril.

Dia kemudiannya memandang pada pakaian Kyril yang berkesan darah.

"Darah siapa?"

"Irene. Dia cuba lindungi bonda dan dia cedera teruk. Dia kehilangan banyak darah."

"Macam mana dengan Diera?"

"Kekurangan oksigen dalam otak. Bonda ditekup sehingga lemas dan hampir mati lemas."

Lina melepaskan keluhan berat.

"Saya dah beritahu Emilia tentang ni. Dia akan segera datang." Zes menghampiri dan memberitahu.

"Terima kasih, bang," ucap Kyril yang masih tertunduk memandang lantai.

Beberapa ketika kemudian, seorang doktor keluar dari bilik kecemasan yang dihuni oleh Diera.

"Kyril, doktor."

Kyril segera berdiri dan mendapatkan doktor itu.

"Macam man dengan keadaan bonda?" Kyril bertanya cemas.

"Jangan risau, tuanku. Tuanku permaisuri dah melepasi situasi kritikal. Tapi dia masih tak sedarkan diri dan memerlukan sokongan oksigen buat masa ni," beritahu doktor itu dengan tenang.

"Terima kasih, doktor. Boleh kami masuk ke dalam?" Kyril meminta dengan harapan.

Doktor itu mengangguk.

"Tapi hanya seorang saja yang dibenarkan masuk."

Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri dan mengangguk faham.

'Terima kasih, doktor," ucap mereka bertiga serentak.

"Kyril nak masuk ke?" Lina bertanya.

Kyril menggeleng.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now