Bab 1-{Kyril Isaac}

797 68 7
                                    


"Bonda!" Kyril memasuki pejabat Diera dengan diiringi oleh seorang pengawal.

Diera yang sedang sibuk dengan kerjanya terus mendongak dan tersenyum lebar saat melihat Kyril.

"Awal kamu balik?"

"Kelas habis awal. Lagipun, Ky rindukan bonda dan niat nak ajak bonda minum petang dengan Ky." Kyril duduk bertentangan dengan Diera.

Senyuman manis terukir di bibir lelaki muda itu.

"Boleh, tapi bagi bonda siapkan apa yang patut dulu, ya."

Semakin lebar senyuman Kyril.

"Baiklah, tuanku." Kyril mengusik dengan gelak kecilnya.

Dia berdiri dan beralih duduk pada sofa yang tersedia.

Diera tersenyum melihat Kyril.

Apabila melihat Kyril, fikirannya pasti akan mengimbau masa lalu.

20 tahun sudah berlalu sejak kejadian itu. Kyril Isaac kini sudah dewasa. Menjadi lelaki yang tampan seperti Kazu dan baik serta sopan seperti Schwi.

Selepas pemergian Emilia, Lina dan Kyril diambil sebagai keluarga angkat Diera.

Dua tahun kemudian, ibunya Diera mangkat dan Diera diangkat sebagai pemerintah seterusnya.

Tanpa bertemankan raja di sisi, Diera berjaya membangunkan semula kerajaannya dan membangunkan bandar moden.

Kyril dijadikan sebagai anak susuannya dan dijadikan sebagai putera mahkota pada usia 10 tahun.

Segala urusan dipermudahkan tanpa sebarang gangguan luar dan ia membuatkan hati Diera berasa agak lega.

Sekurang-kurangnya, dia tidak perlu lagi menghadapi ancaman Puak Angel seperti mana yang dialami oleh ayahandanya dulu.

Fail ditutup dan dikemas elok.

"Kyril."

Kyril segera mendongak. Laptop terus ditutup apabila melihat Diera yang sudah bersiap untuk pergi.

"Jom." Diera berdiri.

Kyril tersenyum suka.

*****

Flora Cafe

Mereka berdua menikmati minum petang dengan aman. Ditemani oleh empat orang pengawal peribadi.

"Kenapa tak ajak Lina sekali?" Diera bertanya.

"Kak Lina tak nak ikut. Katanya nak jaga anak-anak dengan kedai dia tu," jawab Kyril sambil mengunyah makanan.

"Jangan bercakap bila mulut penuh," tegur Diera dengan lembut.

"Maaf."

Kyril menyambung santapannya.

Diera tersenyum saja melihat gelagat Kyril.

Meskipun Kyril kini sudah berumur 20 tahun, namun apabila berdepan dengan Diera, tingkahnya serupa seperti kanak-kanak berusia 10 tahun. Lain pula apabila berdepan dengan orang luar. Personalitinya serta-merta berubah serius.

"Esok ajak Lina makan tengah hari dekat istana, ya. Dah lama tak jumpa dengan mereka semua."

Kyril mengangguk akur.

Lina, setelah lima tahun berlalu, Zes melamar gadis itu dan mereka berdua berkahwin dan dikurniakan tiga orang anak selepas empat tahun berkahwin.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now