Bab 14~{Intruders}

286 38 20
                                    


Kereta yang dipandu berhenti di depan laman rumah.

Kyril, Emilia dan Irene menapak keluar dari kereta tersebut.

Lina yang berada di belakang rumah, segera mendapatkan mereka bertiga setelah terdengar bunyi kereta.

"Hai, kak." Lina menyapa Emilia.

Emilia melakarkan senyuman untuk wanita itu.

"Saya ingatkan Kyril je yang balik. Rupanya akak dengan Irene pun ada sekali."

"Saja nak bermalam dekat sini. Dah berapa hari akak dekat sini, tapi langsung tak datang jenguk kau. Tu yang akak ingat nak tidur sini sehari dua," kata Emilia masih lagi tersenyum.

"Boleh je. Pintu rumah saya ni sentiasa terbuka luas untuk akak sekeluarga. Jemputlah masuk, semua."

Mereka berempat melangkah masuk ke dalam rumah setelah dipelawa.

"Abang Zas tak ada dekat rumah ke?"

Lina menggeleng.

"Dia tak ada dalam seminggu ni."

"Kenapa akak tak beritahu saya. Kalau saya tau, saya boleh temankan akak," kata Kyril dalam nada risau.

Sememangnya, jika Zas dihantar luar dari kerajaan, Kyril akan tinggal di rumah Lina untuk menjaga keluarga itu. Dia tidak akan senang duduk jika memikirkan tiada sesiapa yang akan menjaga keluarga itu sepanjang ketiadaan Zas.

"Jangan risau, Ky. Kami tak akan apa-apa."

Kyril mengeluh.

"Mana budak-budak?"

"Ada dekat ruang tamu atas. Tengah main permainan video."

"Saya naik atas sekejap."

Kyril berlalu naik ke tingkat dua rumah, di mana terletaknya ruang tamu kedua. Ruang itu selalunya menjadi ruang menonton dan tempat keluarga berkumpul sambil menonton cerita.

"Akak, Irene, jom saya tunjukkan bilik. Akak tak kisahkan kalau berkongsi bilik dengan Irene?"

"Tak apa je, Lina."

Irene mengangguk setuju.

"Kalau macam, jom kita ke tingkat dua."

Lina berjalan mendahului dua beranak itu.

Semasa berada di tingkat dua, dua beranak itu automatik menoleh ke arah ruang tamu di tingkat itu.

Pandangan mereka bertembung dengan sepasang mata yang sama warna dengan mata milik Kyril.

"Apa budak ni buat dekat sini?" Detik hati dua beranak itu.

Di ruang tamu itu, terdapat anak-anak Lina yang sedang bermain permainan video. Sementara seorang remaja lelaki duduk di atas sofa sambil membaca sebuah buku.

"Bilik akak dekat sini. Kalau ada apa-apa, panggil je Lina."

Emilia mengangguk.

"Terima kasih, Lina."

Emilia tersenyum.

"Saya turun dulu. Nak sediakan meja untuk makan malam."

"Kalau macam tu akak tolong Lina sekali."

Dua wanita itu melangkah turun semula, sementara Irene pula masuk ke dalam bilik.

Beberapa ketika kemudian, Kyril keluar dari biliknya. Lelaki itu kelihatan segar dengan pakaian baru.

"Yo, Zach." Kyril menyapa Zach lalu duduk di sebelah remaja lelaki itu.

Zach memandang Kyril lalu mengangguk sebelum kembali fokus dengan bacaannya.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now