Bab 22~{About Them}

273 40 12
                                    


Kyril memandang sekeliling.

Dia sekarang berada di hadapan restoran yang sama. Situasi itu juga sama, seperti semasa hari dia dibawa ke Kerajaan Zodiak.

"Tuanku." Gray memanggil.

Kyril memandang Gray dan tersenyum.

"Terima kasih untuk tiga tahun ni. Banyak benda saya belajar dari awak, Gray." Kyril menundukkan kepalanya.

"Tuanku! Jangan tunduk untuk saya!" Gray cuak apabila Kyril pula yang menunduk di depannya.

Kyril mengangkat kepalanya semula.

"Kami semua akan merindui tuanku. Andai kata tuanku nak ke sana lagi, panggil saja nama saya."

"Baiklah."

"Jumpa lagi, tuanku." Gray menunduk hormat.

Lelaki itu kembali masuk ke dalam portal.

Portal serta-merta menghilang. Suasana kembali bergerak seperti biasa.

Riak muka Kyril berubah serius.

"Masa untuk balik."

Kyril berlalu ke belakang restoran. Setelah memastikan tiada sesiapa di sekelilingnya, dia terus teleport balik ke biliknya di rumah Lina.

Tiba saja di dalam bilik, mata Kyril terus membulat luas.

"Abang!"

Irene menurunkan pedangnya yang dihalakan tepat pada leher Kyril.

"Irene? Apa kamu buat dekat dalam bilik abang ni?" Kyril terkejut dan tertanya-tanya dengan keberadaan gadis itu di dalam biliknya.

Irene menyimpan pedangnya.

"Saya tunggu kepulangan abang."

"Macam mana kau tahu yang abang akan balik ke sini?" Berkerut dahi Kyril.

"Firasat," jawab Irene singkat.

"Nampaknya abang dah dapat kuasa abang. Abang dah kuasainya?"

"Boleh la..."

"Sekejap! Irene tahu ke siapa abang yang sebenarnya selama ni?"

Irene mengangguk.

Gadis itu mengeluarkan telefonnya. Nombor seseorang didail.

"Datang sekejap. Ada dah dekat sini," kata Irene sebelum mematikan talian.

Kyril memandang saja dengan tanda tanya.

Beberapa ketika kemudian, pintu rumah diketuk.

"Jom." Irene mencapai tangan Kyril dan menarik lelaki itu turun.

Kyril duduk di sofa, sementara Irene membuka pintu untuk tetamu yang datang.

Mereka semua masuk ke ruang tamu .

"Khaaled? Layla? Apa korang buat dekat sini?" Kyril berkata dengan nada terkejut.

"Irene yang telefon tadi. Dia beritahu yang kau dah balik. Sebab tu kami datang ke sini," beritahu Khaaled lalu duduk bertentangan dengan si sahabat.

Irene turut duduk di sofa satu.

"Jadi, ada apa-apa yang abang nak kongsikan dengan kami? Irene yakin, banyak benda dan maklumat yang abang dapat sepanjang dekat sana." Irene bertanya ingin tahu.

Kyril menggosok belakang kepalanya.

"Boleh tak kita cakap benda ni nanti. Lagipun, abang nak bonda, ibu dengan kak Lina tahu tentang ni."

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now