Bab 27~{Tortured}

246 32 18
                                    

3 hari kemudian

Tiga hari sudah berlalu sejak dari kejadian yang menimpa Diera dan Irene pada malam itu. Disebabkan dari kejadian itu, pengawalan di istana diperketatkan.

Keadaan mereka berdua semakin baik. Diera sudah keluar dari hospital, memandangkan dia perlu menyiapkan kerja-kerjanya. Manakala Irene pula, dia masih ditahan di wad dan keadaannya dipantau ketat.

Namun, sejak dari kejadian itu juga, sikap si gadis berubah menjadi semakin dingin dan pendiam.

Perubahan itu membuatkan semua orang berasa risau terhadap si gadis.

.
.
.
.
.

"Kau nak melawat Irene ke balik nanti?" Layla bertanya pada Kyril yang sedang menghadap kerjanya.

"Ya, aku nak melawat dia sekejap lepas ni. Nak ikut sekali?" Kyril memandang Layla dan bertanya.

"Boleh jugak. Aku akan ajak Khaaled sekali." Layla tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya.

"Eh! Sebelum kita melawat dia, boleh tak kita singgah kedai bunga dulu? Nak belikan bunga untuk dia."

Kyril mengangguk setuju.

Tepat jam 5 petang, ketiga-tiga sahabat itu sudah siap mengemas bilik unit dan bersedia untuk pergi melawat Irene.

"Kau tak keluar dengan Maria dah ke? Sebab akhir-akhir ni kau selalu ulang-alik hospital je." Khaaled bertanya kerana saja mahu mengusik lelaki itu.

Kyril menggeleng.

"Keadaan sekarang lagi penting. Aku kena pastikan Irene selamat dan jauh dari bahaya."

"Tsk! Alasan." Layla bersuara.

Khaaled tertawa kecil mendengarnya.

"Diamlah!"

Kyril mempercepatkan langkahnya, meninggalkan Khaaled dan Layla di belakang.

Khaaled dan Layla tertawa kecil melihat reaksi Kyril. Suka mereka kerana dapat mengusik Kyril.

*****

"Irene!"

Pintu wad Irene dibuka luas.

Tiga susuk itu terkaku di depan pintu, melihat tetamu yang turut datang melawat si gadis.

"Oh! Presiden dengan yang lain pun ada." Silver tersenyum memandang ke arah mereka bertiga.

"Tsk!"

"Hai, Silver."

Khaaled menolak Kyril masuk ke dalam bilik itu.

"Irene, tengok ni. Aku bawakan bunga untuk kau." Layla meletakkan bunga yang dibelinya di tepi katil.

Irene sekadar menunduk sebagai tanda terima kasih.

Kyril duduk di sisi kanan katil.

"Irene macam mana hari ni? Ada sakit-sakit lagi ke?"

Irene memandang pada Kyril dan melarikan anak matanya dari terus memandang lelaki itu. Dia kemudiannya menggeleng perlahan.

Kyril tersenyum kecil.

"Apa kau buat dekat sini, Silver?" Khaaled yang berdiri di belakang Silver bertanya.

Kedudukan Silver sekarang, dia sedang duduk di sisi kiri katil.

"Melawat rakan sekumpulan." Silver menjawab dengan senyuman di bibir.

Pintu dibuka.

"Tuanku, saya bawakan makanan untuk tuanku." Seorang jururawat masuk ke dalam bilik itu dengan membawa makanan.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now