Bab 2~{Unknown Boy}

670 64 8
                                    

"Apa aktiviti hari ni?" Kyril bertanya kepada setiausahanya.

"Hari ni adalah hari orientasi untuk pelajar-pelajar baru yang baru mendaftar beberapa hari lepas," beritahu si setiausaha yang bernama Layla.

Kyril menjeling kalendar yang berada di atas mejanya.

Selaku presiden atau wakil pelajar, Kyril perlu turut sama turun padang untuk memperkenalkan diri serta memperkenalkan suasana universiti kepada pelajar baru.

"Baiklah, arahkan Khaaled untuk kumpulkan budak-budak tu dulu. Nanti saya akan turun ke dewan utama."

"Baiklah."

"Ada apa-apa lagi ke?" Kyril bertanya untuk kepastian. Dia perlu memastikan jadual petangnya kosong agar dia dapat pulang dengan segera untuk makan malam bersama keluarganya.

"Tak ada." Layla membuka jadual Kyril sebelum kembali menutupnya.

"Bagus. Terima kasih, Layla."

Layla mengangguk lalu mengundur diri untuk menyampaikan arahan Kyril sebentar tadi kepada Penolong Presiden, Khaaled.

Kyril menggeliat malas.

"Hmmm... . Malasnya." Kyril merungut sendiri.

Beberapa init kemudian, Kyril muncul di depan utama. Dia terus menyapa Khaaled yang sedang menyemak senarai nama pelajar.

"Maaf, aku lambat."

"Eh! Tak apa. Aku boleh je buat sendiri ni." Khaaled tersenyum kecil sebelum memandang semula senarai nama yang ada padanya.

Pandangan Kyril tertumpu pada kumpulan pelajar baru yang duduk di hadapannya.

Kyril tersenyum kecil sangat melihat para pelajar baru yang tersenyum kepadanya.

"Jadi, apa aktiviti pagi ni?" Kyril bertanya kepada Khaaled setelah melihat lelaki itu meletakkan senarai nama itu di atas meja berdekatan.

Sedang si Presiden dan Penolong Presiden berbincang tentang aktiviti yang bakal mereka jalankan, para pelajar baru pula mencuri-curi pandang pada Presiden mereka.

"Bukan ke tu Putera Kyril?" bisik seorang pelajar perempuan kepada rakannya.

"Yelah. Tak sangka dia belajar dekat sini. Aku ingatkan dia belajar dekat kerajaan luar," balas rakannya dengan penuh teruja.

"Aku tahu dia belajar dekat dalam kerajaan ni, tapi tak sangka pula akan terjumpa dekat sini," kata pelajar yang ketiga.

"Tengok muka dia depan-depan ni, nampak lebih kacak dari tengok dalam gambar." 

"Aku rasa macam diperhatikan," bisik Kyril, meluahkan rasa tidak selesanya meskipun sedang berbincang.

Khaaled tertawa kecil.

"Masa bila je kau tak jadi tumpuan ramai? Macam tak biasa pulak." Khaaled cuba mengusik sahabatnya itu.

Kyril mengeluh kecil.

"Ni yang buatkan aku malas nak ikut serta aktiviti orientasi ni." 

Khaaled tertawa mendengar rungutan Kyril.

Setelah berbincang, akhirnya pelajar-pelajar baru itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Dengan ini, mereka akan saling berkenalan dengan mudah.

Aktivi berkumpulan dijalankan untuk menguji tahap kerjasama mereka semua. Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan ia berjaya menarik perhatian dan minat semua pelajar baru.

Orientasi pada hari pertama berakhir pada jam 4 petang. Semua dibenarkan untuk kembali ke asrama dan berehat.

Kyril pula laju saja langkahnya menuju ke bilik kerjanya semula untuk mengemaskan apa yang perlu sebelum pulang ke rumah.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now