Bab 17~{Back Home}

250 38 25
                                    

Kyril keluar daripada portal dan serta-merta dia kekaguman melihat suasana di depan matanya.

"Selamat datang ke istana Kerajaan Zodiak." Fraiz berkata.

Kyril memandang sekeliling. Suasana istana itu sungguh tenang. Dihiasi dengan tumbuhan serba hijau yang dijaga rapi. Istana pula diwarnai dengan warna putih dan biru laut.

"Selamat datang, putera Kerajaan Nova!" Seorang lelaki tinggi lampai menghampiri Kyril.

Kyril mendongak sedikit apabila memandang lelaki itu.

"Saya Gray Zarch. Saya akan iringi tuanku berjumpa dengan raja." Lelaki itu tersenyum pada Kyril.

"Saya Kyril Isaac." Kyril membalas.

"Fraiz, kau boleh pergi sekarang. Aku akan uruskan yang lain."

"Baiklah." Fraiz mengangguk faham. Dia menunduk hormat pada Gray sebelum berlalu pergi.

"Ikut sini, tuanku."

Gray berjalan di depan dan diekori oleh Kyril dari belakang.

Sepanjang perjalanan itu, mereka berdua diam saja. Situasi janggal itu membuatkan kedua-dua mereka tidak tahu mahu bersembang apa.

Kyril memandang sekeliling.

"Hmmm... Mimpi tu membuatkan aku rasa suasana istana ni tak asing bagi aku."

"Tuanku suka dengan reka bentuk dan seni bina istana ni?" Gray tiba-tiba bertanya.

"Oh! Ya, saya sukakannya." Kyril mengangguk bersama senyuman di bibir.

"Saya juga suka dengan kombinasi warna istana ni. Pilihan warna cantik dan menenangkan. Dekorasi luar pulak nampak mewah dan sesuai dengan kombinasi warna." komen Kyril panjang lebar.

Gray tersenyum sendiri mendengarnya.

"Nampaknya tuanku tahu banyak perkara tentang dekorasi."

Kyril tertawa kecil.

"Ini semua disebabkan oleh bonda saya."

"Hmm?" Gray menjongket kening.

"Bonda saya agak cerewet orangnya. Lagi-lagi apabila melibatkan hiasan macam ni. Hanya saya je yang tahu citarasa dia dan dia percayakan saya untuk tentukan dekorasi yang sesuai untuk istana kami." beritahu Kyril dengan senyuman di bibir.

Hatinya berada rindu pula pada si ibu meskipun baru saja beberapa jam berlalu.

Mereka berdua akhirnya tiba di hadapan pintu dewan menghadap.

Dua orang pengawal yang menjaga kedua-dua sisi pintu, membukakan pintu itu untuk mereka berdua.

"Ketibaan putera mahkota Kerajaan Nova, Putera Kyril." Umum seorang lelaki yang berdiri di sebelah takhta raja kerajaan.

Kyril memandang sekeliling.

Di dalam ruang menghadap itu, terdapat bahagian atas, yang mana menjadi tempat menteri-menteri besar duduk. Tetapi sekarang tempat itu kosong tidak berpenghuni.

Gray dan Kyril melutut di hadapan Raja Alfred.

"Saya bawakan tetamu tuanku datang menghadap," kata Gray dengan kepala menunduk, memandang lantai.

Raja Alfred tidak berkata apa. Dia hanya memandang ke arah Kyril yang menunduk memandang lantai.

"Bangun, Putera Kyril. Beta mahu melihat wajah kamu," arah Raja Alfred dengan suara mendatar.

Kyril mendongak, memandang Raja Alfred sejenak sebelum berdiri tegak di hadapan lelaki itu.

Raja Alfred tersenyum kecil.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now