Bab 28~{Small Talk and Irene Action}

403 34 13
                                    


Keesokan harinya, Emilia berjumpa dengan Diera di taman istana itu.

"Ada apa nak jumpa ni, kak?" Diera bertanya setelah dia duduk dengan selesa.

"Akak nak perkenalkan kau dengan unit khas yang akak cakapkan semalam tu."

Riak wajah Diera berubah. Wanita itu terkejut kerana tidak menyangka yang unit itu akan datang secepat itu.

"Yeke! Mana mereka?"

Emilia memandang ke arah belakang Diera.

Enam orang dengan tiga lelaki dan tiga perempuan, beratur di tepi meja.

Diera memandang seorang demi seorang ahli unit itu. Sehinggalah pandangannya terhenti pada seorang gadis.

"Irene?"

Irene meletakkan tangan kanannya di dada kiri dan menundukkan sedikit kepalanya.

"Diera, perkenalkan Unit Alpha. Semua, perkenalkan diri masing-masing."

"Josh Fredz."

"Jack Willy."

"Karl Harley."

"Reina Eldos."

"Raina Eldos."

"Irene Clover."

Keenam-enam mereka memperkenalkan diri.

"Kumpulan ni diketuai oleh Reina dan pembantunya Raina."

Dua kembar itu menunduk tanda hormat.

"Mereka berdua adalah ahli lama dalam unit ni dan mereka sangat mahir dalam menembak jarak jauh dan kombat."

Sementara Emilia memberitahu tentang kebolehan mereka berenam kepada Diera, Kyril pula berjalan mengelilingi istana, mengiringi Maria.

"Betul ke bonda awak nak berjumpa dengan saya?" Maria bertanya kerana dia berasa teragak-agak untuk bertemu dengan permaisuri.

"Iya. Takkanlah saya nak tipu awak pula. Lagipun, bonda memang tak pernah jumpa awak pun sebelum ni kan. Jadi, dia teringin nak jumpa dengan awak secara bersemuka."

Maria tersenyum kecil sambil bermain dengan jarinya.

"Jadi, di mana tuanku sekarang?" tanya Maria kehairanan kerana sejak mereka tiba di istana, Kyril hanya membawanya berjalan mengelilingi istana.

"Bonda ada dekat taman. Ada urusan sikit dengan ibu Emilia. Sekejap je tu."

"Oh." Maria mengangguk-angguk faham.

Setelah beberapa ketika berjalan mengelilingi istana, mereka berdua kini dalam perjalanan ke arah taman.

Semasa dalam perjalanan ke sana, mereka bertembung dengan enam orang yang tidak dikenali dan mereka berpakaian serba gelap.

Tiba-tiba seseorang berdiri di hadapan Kyril dan Maria.

"Irene?"

Kyril memandang Irene dari atas ke bawah. Dia menyedari bahawa pakaian Irene sama seperti orang-orang tadi.

"Tuanku permaisuri nak berjumpa. Dia ada dekat taman." Irene menyampaikan arahan yang diberikan oleh Diera.

"Baiklah. Terima kasih, Irene."

Tanpa berkata apa lagi, Irene segera mengatur langkah, meninggalkan mereka berdua.

Kyril menoleh, memandang pemergian Irene.

"Kyril?" Maria menyentuh bahu lelaki itu dan memanggil namanya.

Kyril tersentak. Dia memandang wajah Maria.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now