Bab 31~{Tortured by Those Feeling}

250 25 8
                                    


Beberapa jam sebelum kejadian

Tok! Tok! Tok!

Maria mengetuk pintu bilik Zach beberapa kali. Namun, seperti kebiasaannya, remaja lelaki itu langsung tidak menjawab ketukannya itu.

"Zach, keluarlah. Ibu dah siapkan makanan untuk kamu." Maria memanggil dengan suara yang lembut dan perlahan.

Maria mengetuk lagi pintu bilik si remaja lelaki.

"Zach, keluarlah makan. Dari semalam kamu tak makan apa-apa. Ibu risaukan kamu ni." Maria berkata dengan nada memujuk.

Sekali lagi Mari mengetuk pintu dan ia dibuka dari dalam.

Maria tersenyum lebar apabila pintu dibuka dan Zach berdiri di depan matanya.

"Kau nak apa bising-bising depan pintu bilik aku ni? Aku nak tidur pun tak senanglah." Zach bertanya dengan nada marah.

Remaja lelaki itu kelihatan serabut, seperti baru bangun tidur.

"Ibu ada bawakan makan tengah hari untuk kamu ni. Dari semalam kamu tak makan dan ibu risaukan kamu."

"Tch! Tak perlu rasanya nak memekak depan pintu bilik aku ni. Lagipun, tahulah aku nak cari makan kalau aku lapar nanti." Zach berkata dengan nada jengkel.

"Tapi ibu risaukan keadaan kamu."

"Kau tak faham bahasa ke? Aku tahulah nak cari makan kalau aku lapar!" Zach serta-merta meninggikan suaranya.

Maria terdiam seribu bahasa. Dia hanya menundukkan kepalanya apabila Zach meninggikan suara seperti itu.

"Tsk! Menyemak betullah."

Zach menolak dulang makanan yang dibawa Maria sehingga terjatuh sebelum dia masuk semula ke dalam bilik dan menutupnya rapat serta mengunci dari dalam.

Maria berdiri kaku di depan pintu bilik Zach. Dia masih menunduk, memandang makanan yang sudah tumpah di atas lantai.

Air mata mulai bertakung di tubir mata, tetapi ditahan dirinya dari mengalirkan air mata.

Senyuman kecil cuba diukir di bibir.

Wanita itu mencangkung dan mengutip setiap makanan yang berterabur di atas lantai.

Setelah membersihkan kawasan depan bilik Zach, Maria turun ke ruang dapur dengan membawa sisa makanan yang tumpah. Sisa makanan itu dibuang ke dalam tong sampah dengan rasa serba-salah.

Selepas itu, si wanita membasuh semua pekakas dapur yang kotor.

Sedang dia mencuci, tiba-tiba dia merasakan aura seseorang.

Maria segera menoleh dan memandang tepat pada susuk seorang lelaki yang sedang duduk di meja makan sambil bersilang kaki.

"Gray! Apa tuan buat dekat sini?" Maria bertanya kerana terkejut dengan kemunculan tiba-tiba lelaki itu.

Selalunya dia akan diberitahu jika si lelaki mahu datang ke rumahnya. Kemunculan tiba-tiba lelaki itu membuatkan Maria terkejut dan risau dalam masa yang sama.

"Mana Zach?" Gray tidak mempedulikan soalan Maria.

"Dia ada dekat dalam bilik. Tidur rasanya." Maria menjawab dengan teragak-agak.

Gray berdiri dan berlalu naik ke tingkat atas, menuju ke bilik Zach. Maria mengekori langkah lelaki itu dari belakang.

Gray berdiri di depan pintu bilik si remaja. 

Beberapa saat kemudian, pintu bilik itu dibuka tanpa Gray mengetuknya terlebih dahulu.

"Gray." Zach menyapa lelaki itu.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now