Bab 39~{Inside The Domain}

62 3 0
                                    


Sekeliling Kyril kembali kepada asal.

"Kyril." Kazu menyentuh bahu anaknya itu dan memanggil namanya.

Kyril menoleh dan tersenyum pada Kazu.

"Boleh tak ayah, ibu dan Direz tarik perhatian Gray sekejap. Kyril nak buat sesuatu sekejap." Kyril meminta dengan yakin.

Tiga dewasa itu saling berbalas pandangan sebelum mengangguk faham.

"Tolong jagakan adik kamu." 

Tubuh Zach terapung di udara. Satu bebola jernih melindungi remaja lelaki itu dan ia terbang ke arah Kyril.

"Baiklah ibu."

Schwi tersenyum pada anak lelakinya itu.

Mereka tiga dewasa terbang menuju ke arah Gray dan klonnya yang lain.

Kyril yang masih berada di bawah, menumpukan perhatiannya untuk menggunakan kuasanya.

"Ultimate aku adalah Domain. Sebagai contoh, kau membayangkan satu tempat ni dan dalam sekelip mata ia akan berubah. Kebolehan ni juga boleh digunakan untuk mengurung pihak lawan. Sebab domain ni hanya boleh dikawal oleh pemiliknya je. Selain tu, keistimewaan domain ni jugak, pemiliknya akan lebih berkuasa dari yang lain."

"Oh!"

"Tapi kau kena ingat satu perkara. Aku adalah zodiak yang ada pada Core kau. Selalunya pengguna ultimate macam ni tak akan hidup sebab Core mereka tak mampu menampung kekuatan ultimate yang mereka gunakan. Perkara ni menyebabkan Core mereka pecah dan mereka akan mati serta-merta."

Ingatan Kyril serta-merta teringatkan pada Maria.

"Ia sangat berisiko. Kau masih nak lakukannya ke?" Scorpio bertanya untuk kepastian.

"Ini je cara yang ada untuk pastikan Gray tak dapat nak larikan diri."

"Ia berisiko tinggi, Kyril. Ia melibatkan nyawa kau."

"Aku sanggup tanggung apa saja risikonya demi melindungi semua orang yang aku sayang."

Kedua-dua belah mata Kyril bercahaya. Lambang Aries terukir di mata hazel miliknya. Di bawah kakinya turut terhasil sebuah pentagram yang besar dan di tengah-tengahnya turut terukir lambang Aries.

Kedua-dua belah tangan disatukan.

"Domain..."

Kyril mendepakan tangannya dengan luas.

"Sirius!"

Cahaya terpancar terang dari tubuh Kyril dan ia sangat menyilaukan.

Perlawanan yang berlaku, terganggu dengan cahaya terang itu. Mereka semua menutup mata kerana tidak tahan dengan terangnya cahaya itu

Beberapa ketika kemudian, cahaya itu menghilang. Mereka semua perlahan-lahan membuka mata semula dan semua terkejut dengan apa yang ada di depan pandangan mereka kini.

Kini, mereka semua berada di satu kawasan yang sangat lapang. Tiada lagi kawasan Bandar Nova yang musnah ataupun sebarang hidupan lain selain daripada mereka.

Gray yang melihat situasi itu sedar bahawa dia tidak mampu untuk keluar dari situ lagi. Dia tahu kuasa apakah itu dan dia tahu siapakah penggunanya.

Kazu, Scwhi dan Direz mennunduk, memandang ke arah Kyril yang masih dikelilingi oleh cahaya terang.

"Kita kena selesaikan perkara ni dengan segera. Kuasa ni sangat bahaya untuk Kyril. Dia boleh terbunuh kalau kita berlengah," kata Kazu.

Schwi dan Direz mengangguk faham.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now