Bab 41~{The King's Regret}

71 5 0
                                    


Kazu dan Schwi berpindah ke bilik lain untuk bercakap dan membincangkan sesuatu dengan Khaaled dan Layla pula.

"Pertama kali saya bertemu dengan kamu berdua. Eliz memang pandai sembunyikan kamu berdua dari pengetahuan orang lain." Schwi memulakan perbualan.

"Ya, betul tu. Mama Eliz sembunyikan identiti kami dari orang ramai."

"Lagipun, kami dibesarkan di dunia manusia." Tambah Layla.

Schwi mengangguk faham.

"Jadi..." Schwi memandang Kazu dan si lelaki mengangguk kerana faham dengan maksud pandangan isterinya itu.

Schwi kembali memandang Khaaled dan Layla semula.

"Kamu tahu siapa Eliz, bukan?"

Mereka berdua mengangguk.

"Mama adalah salah seorang anak angkat kepada pasangan diraja Kerajaan Aquilla bagi Puak Angel. Dia juga adalah pewaris takhta yang seterusnya selepas kematian Putera Nolan dan juga tuanku."

Schwi mengangguk lagi.

"Memandangkan kamu berdua dah tahu tentangnya, saya bercadang untuk melantik kamu sebagai pemerintah Kerajaan Aquilla yang seterusnya, Khaaled." Schwi berkata dan memandang si lelaki dengan pandangan yang serius.

Khaaled dan Layla terkejut dan dalam masa yang sama, kehairanan apabila mendengar kata-kata Schwi.

"Apa maksud tuanku tentang pemerintah Kerajaan Aquilla? Bukan ke kerajaan tu dah dimusnahkan sepenuhnya oleh suami tuanku sendiri?" Khaaled bertanya kehairanan. Layla mengangguk setuju dengan kata-kata Khaaled.

"Untuk pengetahuan kamu, kerajaan tu bukannya dimusnahkan. Hanya sumber tenaganya saja yang dimusnahkan. Manakala kerajaan tu pula telah 'disimpan' oleh saya." Kazu berkata dengan tenang.

"Disimpan? Apa maksudnya tu?" Layla bertanya.

"Seperti yang kamu tahu, tanpa punca kuasa Qzured, Kerajaan Aquilla akan musnah dan bagi mengelakkan perkara itu daripada terjadi, maka saya menggunakan kuasa saya untuk mengekalkan kewujudan kerajaan itu dalam keadaan yang baik." Tambah Kazu.

"Jadi, kalau ia dikeluarkan dari lingkaran kuasa tuanku, maka ia akan musnah, bukan? Sebab tak ada tenaga yang mampu menyokongnya lagi." Khaaled berkata.

"Betul tu. Tapi, selagi Aquilla dan Zodiak bersatu, maka tenaga dari Zodiak akan dikongsikan pada Aquilla untuk mengekalkan kewujudannya."

"Betul ke? Kalau macam tu, baguslah!" Laya berkata dengan teruja. Sejujurnya, dia sangatlah merindui tempat kelahirannya itu.

"Macam mana dengan penduduknya pula?" Khaaled bertanya kerana risau dengan keadaan penduduk Aquilla yang turut menghilang bersama dengan kerajaan itu.

"Mereka pun tak apa-apa. Mereka semua dalan keadaan tak sedarkan diri dan hanya boleh sedar apabila mereka keluar dari sana dan setelah sumber kuasa disumbangkan ke kerajaan itu semula."

Riak lega terpapar jelas di wajah Khaaled dan Layla.

"Tentang pelantikan saya sebagai raja tu... saya tak rasa saya sesuai untuk mengambil kedudukan tu." Khaaled berkata kerana dia sedar, dirinya terlalu lemah dan tak mungkin dapat memerintah kerajaan yang besar seperti Aquilla.

"Bagi saya, hanya kamu saja yang layak untuk kedudukan tu. Lagipun, kamu jangan risau. Saya dan yang lain akan sokong dan bantu kamu untuk membangunkan semula kerajaan tu nanti. Kamu tak bersendirian, jangan risau." Schwi meyakinkan Khaaled.

"Bagi saya masa dulu untuk memikirkan perkara ni," kata Khaaled yang tidak mahu terburu-buru bersetuju dengan tawaran Schwi. Di dalam dirinya masih ada perasaan risau dan takut, dan perasaan itu perlu ditenangkan terlebih dahulu sebelum berfikir panjang.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now