𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯

1K 55 9
                                    

Pagi hari yang cerah, para staf Golden Blue moon sedang sibuk melangkah masuk ke bangunan megah milik syarikat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pagi hari yang cerah, para staf Golden Blue moon sedang sibuk melangkah masuk ke bangunan megah milik syarikat itu. Armel juga tak terkecuali, ya kini dia kembali bekerja dengan syarikat tersebut.

Dua hari yang lepas Datin Sri Erisa menghubunginya dan memujuk dia kembali bekerja.

Awalnya Armel ingin menolak tapi memandangkan keadaannya yang begitu sempit saat ini, dia memilih untuk menerima tawaran majikannya itu. Lagipula Cik Rina juga tidak lagi berada di Malaysia.

Sehari selepas dia berhenti kerja sahabatnya Farah memberitahunya yang Datin Sri Erisa sudah menghantar Cik Rina pulang ke UK semula.

Kononnya selama beberapa hari Cik Rina mengambil alih di Syarikat itu, banyak staf yang undur diri dan tidak mahu bekerja lagi.

Bukan itu sahaja, sesetengah pelanggan dari kelas bawahan membuat laporan kerana layanan yang diberi agak kasar dan biadap.

Oleh itu Datin Sri Erisa memaksa anaknya itu kembali ke UK lagipula Rina memang harus menyambung pelajaran nya di sana.

"Armel!"

Panggilan dari arah belakang membuat Armel menoleh. Bibir terus tersenyum manis sebaik melihat Farah sedang datang mendekat.

"Morning." Sapanya ketika sahabatnya itu sudah berada di sisi.

Farah balas senyum. "Ah, morning. Manis je senyuman pekerja baru ni."

Armel putarkan anak mata keatas. "Pula dah, pagi-pagi dah mengusik."

"Eh betul, memang muka kau pagi ni berseri-seri. Maklumlah boss pujuk kerja balik. Untungla kau jadi pekerja kesayangan Datin Sri." Usik Farah lagi.

Tapi dia memang mengatakan perkara yang betul, Armel nampak sangat serasi dengan seragam hitam putih mereka. Kemeja putih lengan panjang itu dipadankan dengan vest hitam dan seluar slack yang panjang memang sesuai dengan wanita yang bertubuh ramping seperti Armel.

Walaupun wanita itu tidak memilih untuk memakai skirt pendek seperti staf yang lain. Armel tetap nampak lebih menarik. Tak hairan la kenapa Armel selalu menjadi pilihan klien VIP mereka. Selain dari kerjanya tiptop, Armel juga mempunyai wajah yang jelita. Mungkin sebabkan itulah pekerja wanita lain dengki pada Armel.

"Mulut kau ni, jangan la Farah nanti staf lain dengar. Buruk lagi fikiran diorang pasal aku." Keluh Armel.

Sebaik berada didepan pintu lift, Farah terus menekan butang untuk buka. Sementara menunggu dia berpaling menghadap Armel yang berdiri dibelakang.

"Eh, biarlah diorang nak cakap apa. Nak dinafikan memang betul sebab kerja kau memang tiptop dari yang lain." Kata Farah.

Armel mencebik. "Iyalah, dah la. Semua orang pun kerja ok juga. Kau pun apa kurangnya kalau tak, tak ada la kau jadi assistant head department VIP."

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now