𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟮𝟲

1.1K 55 33
                                    

ARMEL buang pandang ke luar tingkap kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ARMEL buang pandang ke luar tingkap kereta. Perjalanan dari kelantan ke kuala lumpur itu sunyi sepi. Langit yang senja juga sudah mula gelap. Aron lebih selesa memandu tanpa bersuara, mereka sudah lambat dari rancangan asal.

Jika mengikut arahan Tunku Danish dia dan Aron sepatutnya tiba di Kuala Lumpu sebelum pukul 4 petang tapi saat ini jam sudah hampir menunjukkan pukul 8 malam dan mereka masih dalam perjalanan ke penthouse Tunku Danish.

Armel lepas keluhan kecil, 6 jam lebih perjalanan mereka, dia masih tak henti memikirkan perbualannya dengan Puan Sarah sebelum bertolak tadi.

"Seminggu yang lalu, Esa balik dari KL dan sampaikan cerita pada Mak dia yang Armel tinggalkan dia sebab dah jadi perempuan simpanan lelaki kaya. Makcik Aisha datang jumpa Ibu, mengamuk besar dia, dia nak ibu telefon Armel dan paksa Armel pulang sebab dia nak bincang semua hal tu. Ibu dah cuba banyak kali telefon nomber Armel tapi dah tak dapat, Ibu sedapkan hati selagi bukan dari mulut Armel Ibu takkan percaya."

Puan Sarah menarik nafas dalam. Matanya dipejam rapat dan dibuka semula, wajah Armel yang sedang duduk disebelah itu dia pandang. "Tapi sekarang, hati Ibu dah tak boleh nak nafikan lagi. Apa yang jadi sebenarnya ni Mel? Betulkah apa yang Makcik Aisha Cakap tu?"

Armel tundukkan wajah, teresak dia menangis. Tak mampu menjawab soalan Puan Sarah.

"Kalau betul Mel buat kerja terkutuk tu. Tak payah lagi balik KL, Ibu tak benarkan."

Air jernih semakin deras mengalir dari kelopak mata Armel. "Tak Ibu.. Tak! Apa yang jadi bukan macam Makcik Hajjah cakapkan tu. Semua tu salah faham"

"Habis tu kalau tak betul, bagitahu Ibu perkara sebenar. Lelaki yang dimaksudkan Esa tu siapa?"

"Lelaki tu suami Armel." Tak dapat dibendung lagi, Armel tiada pilihan selain memberitahu perkara sebenar.

Kaku, jawapan Armel membuat Puan Sarah hilang kata-kata. "Ma.. Maksud Mel, Mel dah kawin?"

Armel menghela nafas berat, riak wajah Puan Sarah buat dia semakin rasa bersalah. Namun perlahan-lahan dia memberi satu anggukan kepala sebagai jawapan juga.

"Astaghfirullahaladzim, kenapa rahsiakan hal penting macam ni dari Ibu? Mel dah tak anggap Ibu ni sebagai keluarga lagi ke?"

"Tak! Bukan macam tu. Armel memang nak cerita hal sebenar dekat Ibu, cuma Armel tunggu masa yang sesuai." Sambil teresak Armel menjelaskan.

"Tak paya tunggu masa yang sesuai lagi. Cerita, Ibu nak dengar semua. Sekarang!"

"Puan, Kita dah sampai."

Teguran dari Aron membuat Armel tersedar dari lamunan. Wanita itu memerhati kawasan sekeliling, mereka kini sudah berada di parking lot di dalam bangunan Penthouse milik Tunku Danish.

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now