𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟳

841 57 14
                                    

"SO, we better come inside

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SO, we better come inside." Cadang Farah. Sempat dia mengelir Armel disebelah.

Dia juga pelik dengan pandangan Tunku Danish terhadap Armel seperti ada sesuatu yang menarik tentang Armel sehingga lelaki itu tak lepas memandang walau sesaat.

"Sure. I pun tak sabar nak tengok koleksi yang baru." Kata Tengku Dahlia sambil teruja.

Mereka semua serentak masuk ke bilik yang sudah tersedia.

Tengku Dahlia terus melabuhkan duduk diatas sofa empuk yang berwarna coklat. Sesekali matanya melilau sekeliling.

Decoration bilik ini sangat eksklusif setiap peralatan disusun dengan rapi. Betullah kata mamanya, syarikat ini selalu menyediakan perkhidmatan yang sesuai untuk pelanggan.

Tunku Danish pula melabuhkan duduk disebelah adik perempuannya lalu melepaskan suit hitam. Seorang staf perempuan terus mengambil suit tersebut untuk disidai dengan lebih elok.

Farah dan Armel berdiri disisi Mereka.

Mereka harus melayan dua tetamu itu selama dua jam.

Segala keperluan dan keinginan akan dituruti. Perkhidmatan ini disediakan untuk para pelanggan VIP jika ingin berbelanja secara privacy.

Serta, apa saja yang berlaku di acara ini harus dirahsiakan, walau apapun yang berlaku pekerja-pekerja tidak boleh membuka mulut.

Sehingga data pelanggan yang menempah pun mereka harus rahsia.

Kononnya cara ini lebih selesa untuk para VIP membuat pilihan mereka tanpa dilihat oleh masyarakat yang lain. Tapi ada juga yang mengambil kesempatan membawa perempuan simpanan untuk membeli perhiasan mewah.  

"Tunku Danish dan Tengku Dahlia nak minum apa? Kami boleh sediakan sebelum kita mula." Soal Farah.

Armel pula cuba mengawal riak wajah seperti biasa.

Pandangan tajam Tunku Danish langsung tak dipedulikan.

"Americano." Tunku Danish menjawab.

"Iced Latte." Kali ini dari Tengku Dahlia pula.

Farah terus memberi isyarat mata pada dua orang pekerja wanita untuk menyiapkan minuman tersebut. Tidak menunggu lama dua wanita itu bergegas menjalankan tugas.

"Kita akan mula ye."

Cahaya lampu tiba-tiba bertukar malap dan mati. Lampu Neon menerangi ruangan bilik itu. Sebelum satu persatu model catwalk yang memakai perhiasan The Golden Blue Moon keluar dengan gaya tersendiri.

Selepas 20 minit akhirnya pameran itu pun berakhir.

Sesudah itu ruangan itu kembali diterangi cahaya lampu. Hampir 30 pekerja membawa 30 kotak baldu berwarna hitam ke dihadapan Tunku Danish dan Tengku Dahlia.  

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now