𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟭

682 48 5
                                    

"Mel!" Farah dengan pantas merangkul tubuh Armel, riak wajahnya penuh gelisah setelah melihat sahabatnya itu tiba-tiba jatuh pengsan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Mel!" Farah dengan pantas merangkul tubuh Armel, riak wajahnya penuh gelisah setelah melihat sahabatnya itu tiba-tiba jatuh pengsan.

Namun jeritan Farah itu juga membuat pandangan Tunku Daiyan yang sedang menahan perompak tadi dari melarikan diri itu teralih pada mereka. Lelaki itu terus mengambil tali dari bonet kereta sebelum dilempar ke arah Vikri. 

"Vikri, kau ikat dua penyangat ni. Lepastu call polis." Beritahu Tunku Daiyan pada lelaki yang bersamanya sejak tadi. Sesudah itu barulah dia berlari anak ke arah dua wanita itu.

Vikri pula hanya memcebikkan bibir. "Bertuah punya kawan, aku seorang je yang atur. Pantang nampak awek betul la dia ni." Bebelnya seorang diri namun apa yang dipintah Tunku Daiyan itu, dia turuti juga.

"Mel, kau kenapa ni? Bangunla." Tutur Farah dalam nada risau. Beberapa kali dia cuba menepuk perlahan pipi Armel tapi sahabatnya masih tak sedarkan diri.

"Kenapa ni?" Akhirnya Tunku Daiyan sudah berada didekat mereka.

"Tak tahu. Dia tiba-tiba pengsan." Cemas Farah. Sambil itu dia meraba setiap wajah Armel. Syukur la suhu badan sahabatnya normal saja, kerana saat ini wajah Armel kelihatan sangat pucat.

Tanpa berlama lagi Tunku Daiyan terus mengangkat tubuh Armel ke dalam kereta. Dan mereka terus bergegas ke hospital.

Saat ini pandangan matanya tak lepas  dari melihat wajah cantik milik wanita yang terlena di atas katil hospital itu. Bibir pula mengukir senyuman. Indahnya!

Bagai ada satu tarikan yang membuat Tunku Daiyan ingin menyentuh wajah mulus Armel namun tindakannya itu terbatal tatkala melihat wanita itu sudah mula sedar. 

Armel mendengus perlahan. Tangan naik memicit pelapis dahi. Masih tersisa rasa pening.

"Awak oke?" Suara Tunku Daiyan membuat Armel terkejut, dia dengan pantas membuka matanya untuk melihat keadaan sekitarnya.

Ketika pandangan Armel dihala padanya, Tunku Daiyan terus mengukirkan senyuman. Dia tahu pasti wanita itu terkejut melihat keberadaan.

Armel terus bangun dari baring.

"A..awak siapa?" Cepat-cepat matanya meliar ke sekeliling "Kat mana ni?"

"Kita kat hospital. Tak perlu takut, saya bukan orang jahat. Saya yang tolong awak dan kawan awak dari perompak tadi." Jelas Tunku Daiyan.

Mendengar itu barulah Armel teringat. Ya, mungkin lelaki ini yang keluar dari kereta hitam bersama Farah. "Farah, Farah mana?"

"Farah?" Tunku Daiyan kerut dahi, siapa pula Farah ni? Namun dia teringat yang wanita yang bersama Armel. "Farah? Kawan awak tu ke? Dia pergi balai polis untuk buat report."

Armel lepaskan nafas lega. Syukurla Farah tak apa-apa. Dan seketika dia matanya membulat. "Sekarang jam berapa?"

Melihat wanita itu seperti kabut, Tunku Daiyan jadi bingung. "Huh? Ar.. dah pukul 12."

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now