𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟲

842 50 8
                                    

2 Month Later

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2 Month Later

Satu persatu beg plastik yang dipenuhi barang-barang dapur dipindahkan dari troli ke bonet kereta.

Kalau diikutkan, hari ini Armel sepatutnya membeli belanja bersama Farah, tapi sahabatnya itu ada perkara penting yang perlu dilakukan tapi Farah meminjamkan dia kereta agar mudah untuk membawa barang belanja balik ke rumah.

Yalah awal bulan begini adalah tarikh gaji untuk Armel jika ingin berjimat dia perlu menyediakan bekalan dapur untuk sebulan.

Dua bulan berlalu, kini Armel sudah bangkit dari peristiwa buruknya itu.
walaupun tidak mampu melupakan tapi Armel sudah mampu menerima hakikat.

Mahu tak mahu dia harus bangkit dan teruskan hidup.

Farah yang banyak membantu dia melintasi trauma dan kekecewa disebabkan peristiwa hitam yang melanda.

Walaupun Armel enggan mencerita perkara sebenar kepada Farah tapi wanita itu tetap gigih memujuk dan membantunya.

Sehingga saat ini tiada sesiapa yang tahu apa yang berlaku di Majlis itu. Zafrina pun masih hilang tanpa kabar.

"Hoi! Bagi balik bag tu."

Jeritan dari seseorang wanita menarik perhatian Armel. Lantas pandangan di alihkan pada wanita muda yang sedang mengejar sebuah motorsikal.

Armel memerhati motorsikal tersebut, Seseorang yang membonceng dibelakang sedang membawa sebuah beg tangan berwarna hitam.

Sekarang baru dia faham. Dua orang yang menaiki motorsikal itu adalah perompak. Dan wanita itu pasti mangsanya.

Melihat Motor tersebut bergerak ke arahnya, Armel terus mengeluarkan sebatang kayu yang panjang dan sedikit besar dari bonet kereta.

PAP!

Berjaya! Kayu itu tetap memukul depan motorsikal tersebut membuat dua lelaki itu terlempar ke bawah.

Armel terkaku, terkejut dengan tindakkan sendiri. Wanita tadi terus mengarah ke mereka sambil berjalan pincang.

Melihat seorang perompak tadi bangun cepat-cepat Armel memukul belakang lelaki itu menyebabkan perompak itu kembali pengsan.

                               •••

"Apa-apa hal awak berdua boleh terus ke balai.." Kata seorang petugas polis.

"Terima kasih Encik." Ucap Armel, lalu dia memandang ke wanita yang sedang berdiri disebelahnya.

"I nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab bantu I tadi. Banyak sangat benda penting dalam beg ni kalau you tak ada tak tahu la apa jadi kat I.. Thank you soo much." Ucap wanita itu.

Armel senyum. "You're welcome.. You kena hati-hati kawasan ni memang banyak perompak macam tadi. Kaki you oke tak?" Soalnya. Kelihatannya kaki wanita itu tersadung ketika mengejar perompak tadi.

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now