𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟮𝟱

955 53 14
                                    

"KENAPA tak beritahu Ibu, Armel nak balik? Boleh Ibu buat persiapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"KENAPA tak beritahu Ibu, Armel nak balik? Boleh Ibu buat persiapan. Ni bilik tidur kamu pun Ibu tak kemas lagi, cadar pun tak tukar." Bebel Puan Sarah, tapi dalam pada itu, hati nya senang dengan kedatangan Armel.

Apa tidaknya Armel sudah lama tidak datang menjenguknya. Sudah 4 bulan. Rindunya sudah semakin menebal.

"Tak apalah, Ibu. Nanti Mel buat sendiri." Jawab Armel. Dia melabuhkan duduk di atas bangku kayu jati yang terletak ditengah ruangan rumah Puan Sarah. 

Sampai saja ke kelantan, lokasi pertama Armel adalah Rumah Kasih, rumah anak yatim piatu yang didirikan Puan Sarah. Dan setelah berjumpa Ibunya itu mereka beriring pulang ke rumah.

"Nah, minum." Puan Sarah meletakkan satu gelas minuman manis di atas meja hadapan Armel. Sebelum dia juga melabuhkan duduk disisi wanita muda itu.

"Terima kasih, Ibu."

"Ibu tak masak apa-apa lagi. Sebab ingat nak makan kat panti je dengan Kak Yani. Tapi memandangkan kamu ada ni, kejap lagi Ibu masak lepastu kita makan sama. Ye." Kata Puan Sarah. Mengusap rambut Armel dengan sayang.

Lunas rindunya pada Armel, dia menjaga Armel sejak kecil dan sudah menganggap wanita muda itu seperti anaknya sendiri.

Selepas lima tahun berkahwin dengan Arwah suaminya, mereka masih tidak dikurniakan cahaya mata. Sehinggala mereka berdua mengambil keputusan untuk membuka sebuah rumah anak yatim. Agar dapat mengisi ruang kosong dalam kehidupan rumah tangga mereka.

Namun kehadiran Armel membawa satu keajiban dalam keluarga kecil itu. Ketika Armel berusia 8 tahun, Dia dan suami menjadikan Armel sebagai anak angkat dan selepas 2 tahun dia disahkan mengandung seorang anak perempuan. Penantian selama bertahun-tahun itu akhirnya berakhir juga. 

"Alyah tak balik ke Ibu?" Soal Armel. Alyah adalah anak kandung Puan Sarah yang masih menuntun pembelajaran Di UMS.

"Tunggu cuti sem katanya, 2 minggu lagi pulang la dia." Jawab Puan Sarah. Sesekali dia mencuri pandang ke luar tingkap. Memerhati sebuah Mercedes-Benz berwarna hitam yang terparking elok di luar rumahnya. "Tak nak ajak kawan mel tu masuk? Panas ni, tahan ke dia duk dalam kereta tu?"

Mendengar itu, Armel juga mengalih pandang ke luar tingkap. Dia baru teringat yang Aron datang bersamanya. "Dah ajak tadi, Bu. Tapi dia taknak. Tak pe nanti Armel tanya dia lagi ye." Betulla, dia sudah mengajak Aron untuk masuk ke dalam rumah tapi lelaki itu menolak. Katanya lebih baik menunggu di luar saja.

"Yelah nanti ajak. Lagipun Ibu tengok segak orangnya. Takkan nak duduk dalam kereta panas-panas macam ni. Lagi satu Kereta tu, sejak bila Mel ada kereta maha macam tu?"

Kaku, Armel kembab bibir. "Dia tu rakan kerja Armel, bu. Dia tolong hantar tapi memandang Armel esok dah nak balik so dia pun stay sini jela. Kereta tu diala punya." Terpaksala berbohong. Takkan nak bagitahu Puan Sarah yang kereta itu milik suaminya dan Aron adalah pengawal peribadi mereka. Naya dia nanti! Kawin tak beritahu.

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now