𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟭

865 58 14
                                    

SUASANA sunyi semakin membuat hati bertambah gelisha

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.


SUASANA sunyi semakin membuat hati bertambah gelisha. Manusia yang ada didalam tempat itu pun boleh terhitung dengan jari.

Armel perlahan melangkah masuk. Sambil kepala ligat memikir, sama ada keputusannya inj betul atau tidak.

Sedar Armel ni untuk kebaikan kau. Siapa lagi yang selamat masa depan kau, kalau bukan kau sendiri yang bertindak. You have to do it!

Walaupun rasa takut dia harus melakukan juga tapi semakin dekat hatinya semakin bertambah ragu.

Armel mendekati seorang wanita awal 30-an yang sedang duduk disebuah kerusi dan meja ada meja kecil tersedia dihadapan. "Ye, you pun nak buang anak juga?"

Armel teguk liur, perlahan kepala dianggukkan.

"Ok, tulis nama you kat atas kertas ni." Arah wanita itu sambil memberi sebuah buku dan pen pada Armel. 

Armel gigit bibir bawah. Gelisah! Tapi dia tetap melakukan juga. Sesudah itu buku itu diserahkan semula pada wanita tadi.

"Ok, duduk sana tunggu giliran you." Beritahu wanita itu, sambil menunjukkan beberapa bangku plastik yang tersusun.

Tidak menunggu lama Armel terus mengatur langkah dan melabuhkan duduk disebelah satu pasangan muda.

Sambil menunggu mata melilau keadaan disekeliling. Dia sendiri tidak pernah tahu tempat seperti ini wujud. Tempat ini nampak seperti tempat yang sudah terlalu lama, sangat usang, kotor dan bermacam bau yang ada. Tapi yang paling kuat adalah bau darah.

Tempat ini juga terletak disebuah bangunan yang terpencil, dia yakin tidak banyak tahu keberadaan tempat ini.

Kertas yang diambil dari dua orang staf wanita tadi hilang entah kemana,  untung saja dia sempat menghafal alamat yang tertulis diatas kertas itu. 

"No need to worry, you will be fine sayang." Suara lelaki menyedarkan Armel. Pandangan terus tertumpu pada pasangan muda yang berada disebelahnya tadi.

"You yakin ke tempat ni ok?" Tanya perempuan itu. Lagak seperti takut akan sesuatu.

"Ya yakin, I yakin sangat. Sayang lepasni I akan jaga you dan I takkan tinggalkan you. Kita akan ada anak tapi lepas kita kahwin nanti you kena gugurkan kandungan ni, supaya kita dapat buka lembaran baru."

Mendengar kata-kata lelaki itu tanpa sedar bibir Armel menarik senyum sinis. Entah bila agaknya pupus lelaki tak guna seperti ini. Muak dia mendengar setiap bait yang keluar dari mulut lelaki itu.

Armel hanya memerhati wanita itu mengangguk seperti orang bodoh. Dia pula yang sakit hati melihat drama yang berlaku dihadapan matanya.

"Sazwani." Kedengaran suara wanita memanggil dari sebuah bilik.

Armel pasti Sazwani yang dimaksudkan wanita itu adalah perempuan dari pasangan muda tadi.

Betulkah keputusannya ini? Jika anak ini membesar tanpa bapa pun susah juga. Dia akan dihina dan dipandang rendah kerana melakukan zina.

Unseen Love | OG (EDITING)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ