𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟲

808 51 11
                                    

WAJAH Armel bertukar resah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


WAJAH Armel bertukar resah. Perlahan tangan menarik Cardigan yang dipakai menutup perutnya. Lalu dia cepat-cepat berpaling untuk pergi.

Figure lelaki dihadapan langsung tak dihiraukan lagi. 

"Armel!"

"You pergi mana selama ni? Penat I cari you." Tanya Esa, kakinya laju mengejar langkah Armel.

"Untuk apa cari aku?" Langkah tetap teruskan saja. Armel langsung tidak memandang Esa yang sudah berada disisi.

"I nak jelaskan semuanya. Banyak perkara yang kita perlu bincang lagi. You tak patut hilangkan diri macam tu je."

Armel lepas nafas berat. Langkah dihentikan. Wajah Ea dipandang dengan keji. Rasa marahnya pada lelaki itu tak pernah reda sehingga hari ini. "Tak ada apa yang nak dibincangkan. Everything is over."

"I minta maaf, I tahu I salah. I menyesal sangat. I nak kita balik macam dulu. I sayangkan you."

Wow, sayang! Armel senyum sinis. Rasanya lelaki itu lupa apa punca Armel melarikan diri. Tak mengapa jika betul Esa lupa, biar dia ingatkan. 

"Balik macam dulu? Kau ingat lepas apa yang kau buat. Aku boleh terima kau balik. Kau bukan curi atau ambil barang aku yang aku boleh maafkan kau macam tu je. Kau hampir rogol aku..." Nafasnya turun naik menahan rasa marah, mata mula berkaca sambil itu Esa dipandang dengan tajam.

Benci! Dia benci sungguh melihat lelaki itu. Jika membunuh itu tidak dipersalahan dia merasa itu yang akan dia lakukam sekarang. Lelaki spesis begini tak layak hidup lama. Menyusahkan!

Tak sangka rasa cintanya yang dalam boleh hilang sekelip mata saja.

"Aku betul-betul tak sangka lelaki yang aku kenal 4 tahun lelaki yang jaga aku, lelaki yang aku cinta, aku percaya setengah mati sanggup ada niat terkutuk tu. Nafsu kau lagi jijik dari nafsu binatang Esa, mati hidup balik pun aku takkan maafkan kau!"

Hilang segala rasa hormatnya pada lelaki yang bersama Esa Arshad.

Mengingat peristiwa itu buat Armel rasa sungguh kesal. Apa tidaknya dia ditipu dan hampir dirogol oleh seorang lelaki yang dia paling percaya. 

Esa adalah lelaki yang paling dekat dengannya. 4 tahun dia mengenali lelaki itu segala kenangan mereka manis saja. Esa tidak pernah menyentuhnya walaupun sedikit. Namun segalanya berubah hanya satu malam.

Semua bermula apabila lelaki itu mengajaknya keluar makan malam dan apabila dalam perjalanan pulang Esa memberi alasan ingin singgah ke rumah sahabatnya tapi lelaki itu membawanya ke sebuah tempat yang sunyi dan hampir merogolnya.

Untung saja ada sebuah kereta Myvi putih yang dinaiki sepasang suami isteri berhenti kerana menyangka Porsche milik Esa itu rosak ditepi jalan. Dan masa itu juga Armel mengambil kesempatan untuk meminta tolong.

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now