𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟳

447 26 12
                                    

"Mestilah, Danish tak puas hati! You langsung tak bincang apapun dengan I, Ma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mestilah, Danish tak puas hati! You langsung tak bincang apapun dengan I, Ma. Tahu-tahu tarikh majlis dah ada. Even kedatangan diorang ke sini pun I tak tahu. It's all you plan!" Amuk Tunku Danish, Suara garau lelaki itu bergema diruang tamu utama mansion tiga tingkat itu.

Sebaik saja keluarga Dato' Fauzi meninggalkan mansion, giliran keluarga kecil Tengku Azman pula berbincang.

Riak wajah Tunku Dehra jelas kurang senang, tajam matanya dihala pada Tunku Danish yang sedang berdiri mencekak pinggang ditengah ruang. Dia bingkas bangun dari duduk. Kaki terus melangkah mendekati anak lelakinya itu.

"Nothing to discuss? I'm your mom and you are my son, so I masih berhak atas you. Lagipun mama bukan paksa you kawin dengan perempuan pilihan kami, I plan wedding for you and your lover so what's problem?" Sinis Tunku Dehra.

"Sejak bila Danish masalah dengan plan yang mama atur?" Sambungnya lagi.

Tunku Danish lepas keluhan lelah, dia lelah, lelah dengan sikap Tunku Dehra yang suka mengatur hidupnya."Your my mom, of course. But itu tak bermakna you berhak atur semua hidup I. Danish dah besar ma. It's time for me to manage my own life. Not anybody including you."

Makin membara hati Tunku Dehra mendengar jawapan Tunku Danish, "Mama buat semua ni untuk kebahagiaan and masa depan Danish. Fina perempuan yang baik, dari keluarga yang baik keturunannya juga. Jauh nak dibandingkan dengan perempuan yang Danish bawa kehulur kehilir, Listen you setuju atau tak. Majlis tetap akan jalan, tiada siapa yang boleh batalkan. Not you, not everyone!"

Tunku Danish raup wajah, sungguh hatinya kesal. Tak sangka mamanya akan senekad ini.

"If you masih hormatkan I. Then Don't you dare ingkar arahan I! I'm your mother I ada hak atas hidup you tak kira dulu atau sekarang." Tekan Tunku Dehra.

Tunku Danish mati kata, keluh lidahnya berbicara. Dia hanya mampu menatap mata tajam Tunku Dehra. Keadaan sudah serumit ini, mampukah dia untuk menolak lagi? Suhu ruang itu sudah semakin panas membuat Tunku Danish tak betah lagi, akhirnya dia memilih untuk melangkah pergi tanpa berpaling.

"Tengok apa dah jadi, saya dah cakap bincang dulu dengan Danish tapi awak degil! Memandai atur semuanya. Sekarang Danish tak setuju, siapa nak kahwin, awak ke dia?" Tengku Azman akhirnya bersuara juga. Dia sebenarnya tak mahu ikut campur, tapi kali ini isterinya memang sudah melampau.

Tunku Dehra senyum sinis. Satu jelingan tajam dia beri pada Tengku Azman lalu terus beredar ke tingkat atas.

Hanya Tengku Dahlia yang berdiam sejak tadi, langsung tak berani berkata apa. Walaupun jauh disudut hatinya ingin membela Tunku Danish tapi dia cukup kenal sikap tegas ibunya itu. Dan sudah pasti dia akan menerima hukuman jika berani masuk campur.

• • •

"Kenapa you fired Kak Sab?!" Jerit Armel sambil kaki laju menuruni satu persatu anak tangga.

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now