𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟮

857 56 21
                                    

PERLAHAN-LAHAN Armel membuka mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PERLAHAN-LAHAN Armel membuka mata. Dahi berkerut menahan rasa pening yang masih tersisa.

Namun seketika dia terkaku, mata memerhati sekeliling.

Dia sedang berada disebuah bilik tidur yang sangat asing. Segala barang-barang berwarna putih cerah dan mewah belaka. Macam mana dia boleh berada di sini?

Perlahan-lahan Armel bangun dari baring. Alangkah terkejutnya dia melihat baju yang dikenakan kini tidak lagi sama.

Semalam dia mengenakan seragam kerja tapi sekarang sudah lain. Dia memakai satu set baju tidur satin yang berwarna hitam. Comforter tebal diselak lalu dia mengatur langkah ke pintu—tombol pintu dipulas. Kunci. Hati Armel mula tak aman. Berkali-kali dia mencuba tapi masih tak boleh!

Walaupun hati sudah mula risau tapi Armel berusaha menenangkan diri.

Pertama sekali dia harus ingat apa yang berlaku semalam. Kali terakhir dia sedar, dia bersama Tunku Danish disebuah pantai. Disebabkan terlalu lelah dia jatuh pingsan.

Dan mungkin lelaki itu yang membawanya ke sini serta menukar pakaiannya.

Sekarang dia perlu cari jalan untuk keluar dari sini. Armel melihat sliding door yang bersambung dengan sebuah balkoni tanpa menunggu lama dia terus menuju dan membuka pintu tersebut tapi malangnya sama juga. Terkunci.

"Aiss." Keluh Armel perlahan.

Lalu dia melihat sebuah pintu lagi dengan pantas Armel melangkah dan sekali lagi dia mencuba. Kali ini dia berjaya, pintu itu terbuka.

Namun setelah melihat dalamnya Armel kecewa. Itu hanya sebuah bilik mandi. Tiada jalan keluar yang ada di situ kerana bilik mandi tersebut hanya mempunyai sebuah tingkat kecil. Dan sudah pasti tingkap itu pun berkunci.

•••


Sebaik membuka kunci, pintu itu dibuka dengan luas. Tunku Danish melihat Armel sedang duduk di sisi katil.

"You dah bangun, I thought you still get sleep." Dia mendekati.

"Kenapa kunci pintu bilik ni? You memang nak kurung I dalam ni ke?" Sinis Armel, dia langsung tak melihat wajah Tunku Danish walaupun kini lelaki itu sudah duduk dihadapannya.

"Sorry, I cuma tak nak you lari. Lagipun pagi tadi I masuk you masih tidur." Ya, Tunku Danish terpaksa mengunci bilik itu agar memastikan Armel sentiasa berada di situ. Dan dia terpaksa keluar rumah di awal pagi kerana ada sesuatu masalah berlaku di hotelnya. 

Armel tertawa sinis, entah kenapa lelaki itu selalu melakukan sesuatu perkara ikut suka hati saja. Langsung tak berfikir soal orang lain. Dia bukan haiwan peliharaan yang perlu dikurung di dalam sebuah kandang.

"Semalam badan you panas sangat but doctor dah periksa you tak ada apa-apa. You cuma terlalu stress, how you feel now? Did't your feel better?" Soal Tunku Danish lalu tangan naik ingin menyentuh dahi Armel tapi wanita itu pantas mengelak.

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now