𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟯

1K 59 22
                                    

SETELAH lampu isyarat bertukar dari merah ke hijau, Fina terus menyambung panduannya semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SETELAH lampu isyarat bertukar dari merah ke hijau, Fina terus menyambung panduannya semula. Walaupun hari sudah gelap, lebuh raya Kuala Lumpur itu masih sibuk seperti selalu.

"Fina, thank you so much sebab you sudi hantar I balik. Sorrylah kalau I dah menyusahkan you."

Setelah mendengar suara itu, Fina terus memandang sekilas pada Armel yang sedang duduk dibangku sebelah. Bibirnya senyum. "Tak ada apa yang susah la Mel. I sendiri yang nak hantar you kan. Lagipun I dah lama nak spend more time dengan you. Yelah kita jumpa pun baru dua kali tu pun tak lama, I nak kenal you lebih dalam lagi, kalau boleh I nak you jadi kawan I." Dihujung bicara Fina terus melebarkan senyumannya.

Namun Armel sebaliknya pula. Dia agak sedikit terkedu mendengar hujung kata Fina. Bukan tak suka tapi dia tahu dia tak layak.

Lagipula dia agak kekok dan kurang selesa jika bersama wanita itu, mungkin kerana Finq adalah tunang Tunku Danish atau mungkin juga kerana rasa bersalahnya terhadap Fina akan semakin terasa jika terus bersama.

"You sudikan jadi kawan I? I nak kenal you lebih dalam lagi?" Fina bertanya lagi.

Armel diam sekejap. "Tak ada apa yang menarik pun pasal I, Fina. I bukan dari keluarga ternama atau wanita yang ada  kerjaya hebat. I just wanita biasa."

"You a wife and gonna be a mom soon. That so lovely, you are really amazing woman Mel. You sangat bertuah. Tau." Puji Fina. Dia tak suka melihat wajah Armel suram, tak ceria. Dia mahu melihat wanita itu sentiasa tersenyum. Fina sendiri tak tahu kenapa dia rasa sangat selesa berkawan dengan Armel.

Lebih selesa berbanding dengan Venessa dan stella.

Mungkin kerana dia dapat rasakan yang Armel wanita yang baik. Berbeza dengan kawan-kawan wanita yang dia pernah kenal.

Sebelum ini, dia tak pernah bertemu wanita yang boleh digelar sahabat. Ada pun haluan mereka sangat berbeza seperti dia dan Venessa walaupun sudah berkawan sejak remaja namun disebabkan cara hidup Venessa yang agak sosial buat dia kurang menghabiskan masa bersama wanita itu.

Armel hanya tersenyum kecil lalu dia kembali mendiamkan diri semula. Yang sebenarnya, Armel tak tahu nak berkata apa. Dia tak mahu berlebih. Biarlah hubungan dia dan Fina sekadar kenalan biasa saja. Tak lebih.

Dia juga masih cuba menjauhkan diri dari wanita itu, kerana Armel tahu itulah yang Tunku Danish mahukan.

Tadi ketika Fina menawarkan diri untuk menghantarnya pulang, dia berkeras menolak tapi situasi saat itu membuat dia buntuh dan dia sudah tiada pilihan lain. 

Lagipula dia lebih memilih Fina daripada Tunku Daiyan.

Patutlah lelaki itu tiba-tiba bersikap baik, ada niat tersembunyi rupanya.

Ada udang disebalik batu.

Armel mengelap tangan yang basah menggunakan tisu seraya itu kakinya melangkah perlahan keluar dari tandas wanita.

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now