𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆| 𝟮𝟰

865 56 4
                                    

MESRA sungguh Tunku Dehra melayan tetamu-tetamu yang hadir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MESRA sungguh Tunku Dehra melayan tetamu-tetamu yang hadir. Majlis hari jadi Tengku Dahlia itu disambut dengan cukup meriah.

Riuh sungguh Mansion itu dengan kehadiran puluhan orang. Walaupun majlis kali ini tak lah seramai majlis mereka yang lain.

Itu kerana, Tunku Dehra hanya menjemput keluarga dan rakan terdekat saja. Serta rakan-rakan Tengku Dahlia.

Tapi anak perempuannya itu belajar diluar negara sejak berusia 15 tahun jadi rakan-rakan yang ada di Malaysia pun tak la ramai mana.

"Assalammulaikum." Salam yang datang dari arah belakang menarik perhatian Tunku Dehra yang sedang sibuk berborak dengan tetamu.

Bibir terus mengukir senyum sebaik melihat gerangan yang berdiri sambil memberi satu senyuman manis padanya. "Walaikumsalam. Ya allah, Erisa. I ingat you tak datang. Semalam I call you cakap ada hal malam ni." Dia datang mendekat untuk menyapa.

Datin Sri Erisa mengukir senyuman yang lebar lagi. Mereka lagakan pipi. "I memang busy tapi singgah kejap. Sebab nak bagi hadiah ni kat Dahlia. Sekali nak jumpa you kejap."

"Kalau sibuk, tak apalah. I faham kalau you tak datang. Lagipun hari lain boleh jumpa juga kan." Kata Tunku Dehra.

Datin Sri Erisa adalah sahabat rapatnya sejak sekolah menengah lagi, hubungan mereka pernah terputus disebabkan sudah berumah tangga. Tapi persahabatan itu kembali terjalin dan lebih akrab setelah Suami mereka menjadi rakan perniagan.

Namun, suami Datin Sri Erisa terkorban dalam satu kemalangan. Dan wasiat terakhir suaminya adalah menjual segala saham syarikat pada Tengku Azman, agar dapat melancar kan sebuah butik perhiasan mewah untuk Datin Sri Erisa.

Walaupun hubungan mereka begitu rapat. Dia sebagai Ibu menolak sekeras-kerasnya Jika Tunku Danish menjalin hubungan dengan Rina, satu-satunya anak perempuan Datin Sri Erisa. Itu kerana dia sudah sedia tahu cara hidup sosial Rina.

"Tak pe Dehra. I datang sebab nak bagi hadiah ni," Datin Sri Erisa mengangkat sedikit beg hadiah yang berada ditangan dan kembali menjatuhkan. Mata liat mencari kelibat Tengku Dahlia. "Dahlia mana?"

"Dahlia, dia ada kat dalam. You masuklah. I nak layan tetamu kat luar ni, kejap lagi I masuk jumpa you."

Datin Sri Erisa angguk dan senyum. Seiring itu kakinya mula melangkah masuk ke dalam Mansion tiga tingkat milik Tengku Azman itu.

Tunku Dehra pula hanya menghantar langkah Datin Sri Erisa dengan pandangan. Namun pandangan itu teralih apabila dia sedar akan kehadiran anak terunanya yang baru saja muncul dan melangkah memasuki kawasan Mansion tersebut.

"Ma." Tunku Danish menyapa sebaik mendekat. Memeluk erat tubuh si ibu sebelum dia menjatuhkan satu kucupan pada pipi kanan Tunku Dehra. 

"Dah 3 hari balik dari Shanghai. Baru hari ni kamu ingat mama." Tempelak Tunku Dehra sebaik pelukan itu dileraiakan.

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now