𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟱

1K 60 11
                                    

ARMEL pandang kosong telefon pintar miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ARMEL pandang kosong telefon pintar miliknya. Nombor dan nama Tunku Danish tertera pada skrin telefon itu. Pelik, sudah dua hari berlalu dia langsung tak menerima apa-apa panggilan atau mesej dari lelaki itu.

"Dia tak cari aku ke?" Armel mengeluh ringan. Bukankah dia patut bersorak gembira jika Tunku Danish sudah tekad melepaskan dia tapi kenapa Armel rasa yang sebaliknya pula ni. Rasa kecewa, hampa kerana lelaki itu langsung tak ambil kisah soalnya lagi.

Tiba-tiba tekak terasa loya, Armel berdehem sedikit. Mungkin lebih baik dia membasahkan tekak dengan air minuman saja. Sekali lagi pandangan  jatuh pada Skrin telefon, 2:00 AM. Tak sangka waktu sudah selewat ini. Tapi matanya enggan terlelap lagi.

Armel mengelir Farah yang sudah lena disamping, lalu dia perlahan-lahan menyelak comforter yang membalut separuh tubuhnya. Kemudian perlahan kaki putihnya itu turun menyetuh lantai vinyl bilik tidur Farah, semua dilakukan senyap-senyap dia tak mahu mengganggu tidur Farah.

Namun baru saja dia berganjak selangkah telefon pintar yang masih dalam genggamannya itu berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

Cepat-cepat Armel melangkah menuju ke balkoni luar agar jauh dari katil. Berkerut wajahnya setelah melihat nama si pemanggil di skrin utama.

"Aron?" Untuk apa pula Aron menelefonnya ditengah malam ini? Butang hijau diseret ketepi lalu telefon didekap ke telinga.

•••

Cawan kecil itu perlahan diangkat dan ketika aroma kopi menyapa deria bau spontan matanya tertutup. Menikmati. Lalu perlahan dihirup sedikit dan kembali diletakkan semula diatas meja kaca berwarna keemasan dihadapannya.

Tunku Dehra memandang kosong ruang bersantai kelurga itu. Sunyi, saat ini semua penghuni rumah agam itu sudah lena dibuai mimpi. Hanya dia yang masih enggan melelapkan mata.

Mungkin kerana rasa gundah dihatinya membuat dia berfikir tanpa henti sehingga susah tidur. Dan semua ini berpunca kerana perbualan antara dia dengan Tunku Danish dua hari yang lepas.

Ketika melihat susuk Tunku Danish baru saja melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Tunku Dehra terus meletakkan telefon pintarnya dan memanggil anak lelakinya itu untuk datang mendekat.

"Danish, sini kejap." Panggilnya.

Tunku Danish lantas mengatur langkah kearah Tunku Dehra yang sedang duduk di sofa baldu ruang keluarga. Ketika ia sudah dekat, tangan si ibu itu dikucup sekali.

"How's the wedding?" Soal Tunku Dehra merujuk pada majlis perkahwinan Tengku Rayzen yang berlangsung hari ini.

Tunku Danish melabuhkan duduk disofa baldu hadapan ibunya itu. "Great. Perfect ceremony. Everybody was there, ma."

Tunku Dehra mengukir senyuman. Dia sudah membayangkan betapa mewahnya majlis perkahwinan yang dirancang Tengku Shera, dia tahu ibu kepada Tengku Rayzen itu sudah lama menunggu hari ini tiba. "I wish I was there," kalau diikutnya, dia dan Tengku Azman juga menerima jemputan tapi mereka ada kerja yang lebih penting. "Let's make hope some day I pun dapat atur majlis perkahwinan Danish pula."

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now