𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟳

779 41 3
                                    

PINTU bilik pejabat ditolak dari luar, sebelum Fina memboloskan diri ke dalam ruang pejabatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PINTU bilik pejabat ditolak dari luar, sebelum Fina memboloskan diri ke dalam ruang pejabatnya. Terpekun dia melihat sebuah bouquet bunga tulip putih yang terletak kemas diatas meja kerjanya. 

Bag tangan berjenama Gucci itu diletakkan ke atas meja terlebih dahulu sebelum dia mencapai bouquet tersebut. 

Cantik. Sangat cantik. Bibirnya manarik senyuman lebar sebaik membaca kad berwarna putih yang terselit dibeberapa kuntum bunga itu. 

To wishing you a very beautiful morning, sayang.

Your Love
TD

Ucapan pagi yang membuat harinya semakin indah.

Menarik dan romantik. Tunku Danish, selalu melakukan sesuatu perkara yang membuat cinta dan sayangnya semakin dalam pada lelaki itu.

Sudah lama dia tidak mendapat bouquet bunga tulip dari Tunku Danish. Selalunya lelaki itu memberi bouquet bunga roses setiap kali mereka bertemu. Tapi mana-mana bunga pun Fina tak kisah. Dia pencinta bunga apa-apa saja bunga memang menarik baginya terutama Tulip putih. 

Itu kerana tulip putih bentuk dan kelembutan yang ada pada bunga itu sangat cantik. Dan tulip putih juga saksi kali pertama dia bertemu Tunku Danish. 

Keukenhof Garden. Salah satu kebun bunga terbesar di dunia yang terletak di armsterdam, belanda. Tempat kunjungan yang wajib untuk para pelancong, terutama yang pencinta bunga seperti Fina.

Dari awal dia masuk ke kebun ini kamera ditangan itu tak pernah lepas mengambil gambar. Macam-macam bunga yang ada berlainan jenis dan warna. Ditanam dengan subur dan teratur. Wangian bunga juga ada di mana-mana. Fina suka dengan suasana ini. Indah sungguh. 

Indahnya ciptaan tuhan ini. Langkah dihayun lagi namun satu jenis bunga yang sangat menarik perhatiannya sehingga dia terkaku disitu. 

Tulip putih. Fina mengukir senyuman lebar, dia memang sukakan tulip namun yang berwarna putih ini tarikannya lain sekali. Sangat cantik dan bersih. Mungkin kerana warnanya cerah.

Seperti ada tarikan yang manarik kakinya melangkah mendekat. Terlalu fokus dengan suasana sekeliling sehingga dia lupa mengambil gambar lagi. Dibiarkan camera canon itu bergantung dileher saja. 

Clak! Clak!

Fina tersentak, dengan pantas mengalih pandangan ke sisi. Seorang lelaki memakai t-shirt hitam disarungkan leather jacket bersama grey plaid pants sedang berdiri dan tertunduk sedikit menghadap sebuah camera yang dipegang. 

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now