𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟱

837 46 13
                                    

PAIP ditutup rapat, sebelum tangan mencapai tisu yang berada disamping

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAIP ditutup rapat, sebelum tangan mencapai tisu yang berada disamping. Armel mengelap sisa air yang ada dimulut dan ditangan.

Pagi-pagi lagi dia sudah bertapa dibilik air. Muntah tak henti-henti. Namun hari ini pening yang dia rasakan tak teruk seperti selalu, hanya biasa-biasa saja.

Tisu yang sudah terpakai dibuang ke dalam tong sampah yang berada disisi. Sebelum dia membuka pintu untuk keluar namun langkahnya terbantut dek kewujudan Tunku Danish dihadapan pintu. Luruh jantungnya.

"Ya Allah." Tekejut Armel melihat Tunku Danish, lelaki itu tiba-tiba saja terpacak dihadapan pintu. Dada disapu perlahan, nafas ditarik lalu dihembus.

Cuba mengumpul semangatnya semula.

"Are you ok?" Lelaki itu bertanya. Risau.

Armel pandang sekilas. "Erm." Lalu itu kaki melangkah ke sofa.

"I dengar you muntah tadi? You betul ok ke ni?" Tunku Danish bertanya lagi duduk dilabuhkan sebelah Armel.

"Pening la sikit. I rasa mual."
"Dah breakfast?"
Armel geleng kepala. "Tapi I dah suruh Sabrina siapkan you breakfast." Ya, awal pagi lagi pekerja Tunku Danish itu sudah berada didapur.

Awalnya bunyi bising dari dapur mengejutkan dia dari lena. Armel menyangka rumah itu sudah dimasuki pencuri namun setelah memeriksa, Sabrina sedang menyusun beberapa periuk ke dalam almari dapur.

Mungkin kerana hari ini dia terlajak tidur. Sehingga kedatangan Sabrina pun dia tidak sedar. 

"Habis you? Kenapa tak breakfast?"
"Tak nak lagipun I tak suka makan pagi." Ya itu sudah memang tabiat Armel.

Tunku Danish geleng kepala, dia berlalu keluar dari bilik dan masuk semula selepas beberapa minit bersama satu cawan kecil.

"Nah minum ni."

Armel kerut dahi. "Apa ni?"

"Minumlah." Pujuk Tunku Danish. Lagi.

Armel mendekat sedikit hidung ke cawan tersebut. Menggunakan deria bau untuk mengenal pasti minuman tersebut. Wangi.

"Just teh mint. Kenapa you fikir I bagi you racun?"

"Mana lah tahu. You tu bukan boleh percaya sangat." Gelas itu Armel capai.

Tunku Danish hanya melepaskan hela ringan. Perempuan ni memang tak henti-henti cabar kesabarannya. "Drink it."

Perlahan Armel menghirup Teh mint tersebut. Rasa sedikit lega. "You tak kerja?" Soalnya sebaik melihat Tunku Danish melabuhkan duduk disebelah nya lagi.

Sudah jam berapa takkan lelaki itu tak bersiap ke pejabat. 

"Tak. Hari ni kita akan pergi tempat kerja you. I nak you hantar surat berhenti. Lepastu kita pergi klinik."

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now