𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟴

968 69 29
                                    

"ABANG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"ABANG.."

Tunku Danish yang sedang ralit dengan panggilan ditelefon berpaling ke belakang setelah mendengar namanya diseru, kaku sekejap lalu dia mematikan panggilan ditelefon.

"Dahlia? Dahlia buat apa dekat sini?" Soalnya. Terkejut dengan kehadiran wanita muda itu namun sempat mengawal riak wajah sehingga Dahlia langsung tak sedar.

"Dahlia nak beli something. Abang pula buat apa kat sini? Dengan siapa?" Sengaja soalan itu diajukan, walaupun dia sudah tahu jawapannya.

"Abang.."

"Sayang, I think I tak berkenan la dengan dress dekat butik ni. Kita pergi butik lain je la." Suara lunak yang tiba-tiba menyapa itu membuat kata-kata Tunku Danish tergantung. Serta merta pandangan dua beradik itu beralih ke arah wanita yang memakai kasut tumit tinggi berwarna putih bersama dress merah paras lutut, mengayakan rambut layer panjang.

Tunku Danish melepaskan keluhan ringan, raut wajah Tengku Dahlia juga sudah berubah kurang senang. Dia yakin itulah wanita yang lihat sebentar tadi.

Wanita itu terus memaut mesra lengan Tunku Danish setelah mendekat. "Ops! I ganggu ke?" baru sedar yang dia tidak berdua dengan lelaki itu, dia memandang Tengku Dahlia dari atas sehingga bawah, lagak seperti menilai pakaian Tengku Dahlia, wanita itu mencebikkan bibir. Not bad. Tapi bukan taste Tunku Danish lagipula dari wajah saja sudah tahu Tengku Dahlia masih bawah umur.

"Siapa ni?" Bisiknya pada Tunku Danish namun masih jelas dipendengaran Tengku Dahlia.

Tengku Dahlia menarik senyuman sinis. Memerhati wanita itu dari atas sehingga bawah. Jika tadi wanita itu menilainya kali ini gilirannya pula, namun bersama tatapan yang tajam. Nampak sangat yang Tengku Dahlia tak suka.

Pakaian tak cukup kain, rupa tak semegah perangai. Biadap! "I Tengku Dahlia, adik Tunku Danish. You siapa?"

Riak wajah wanita itu seperti tergamam. Lisa berdehem menghilangkan rasa gugupnya. "I Lisa. I.."

"P.A, she my P.A" laju saja Tunku Danish mencantas.

"Dahlia, kita jumpa dekat rumah nanti. I have to go." Bagai tidak selesa dengan suasana sekarang Tunku Danish ingin cepat beredar.

"Dahlia datang sini dengan Kak Fina." Sebaris kata itu mampu membuat Tunku Danish kaku dan membatalkan niatnya untuk pergi.

"Abang bertuah sebab cuma Dahlia yang nampak abang dengan perempuan ni." Tambah Tengku Dahlia lagi.

"Where is she now?" Soal Tunku Danish. Wajahnya bertukar sedikit resah. Wanita tadi masih merangkul lengannya, menarik hujung bibir setelah mendengar soalan Tunku Danish. Sakit hati kerana lelaki itu masih lagi mengambil tahu tentang Fina. Walaupun dia sudah ada disisi.

"Mybe kat dalam kereta, Dahlia tak tahu." Tengku Dahlia sengaja menambahkan resah hati abangnya, biar padan muka. Gatal sangatkan.

"Sampai bila abang nak macam ni?" Ok sudah, sabar Tengku Dahlia sudah habis.

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now