KYK 2

2 0 0
                                    

Sebaik sahaja Suzuki Swift yang dipandu Marissa memasuki Jalan Tun Razak gadis itu tiba-tiba bersuara.

"Emm..Mira, aku ingat nak ke bank sekejaplah. Cash dah kering ni."

"Okay, aku ikut aje. Bukan aku yang bawa kereta kan? Lagipun aku ingat aku pun nak kena buat withdrawal ni. Cash aku pun dah kering. Susu dengan lampin Suha pun dah nak habis. Upah Kak Piah pun dah nak kena bayar ni. Dah cukup bulan. Kang Kak Piah tak nak jaga anak aku pula," Balas Amirah dalam nada bergurau.

"Ish..ada pula Kak Piah nak buat macam tu. Husband dia tu banyak duit Mira. Sebab tu dia tak bekerja. Tak adanya dia nak berkira kalau kau lambat bayar," bebel Marissa. "Since kau pun nak buat withdrawal kita masuk parking jelah."

"Yelah. Kau nak pergi bank mana ni?"

"Tu bank depan tu. Bank Islam. Alang-alang dah jumpa bank ni baik berhenti terus. Takkan nak berkira kalau kena tolak RM1 kot," sindir Marissa. Aku mencebikkan bibir.

"Aku bukan kedekut macam kau, Rissa."

"Eh, aku pula yang kena! Jomlah," ajak Marissa apabila kereta sudah elok terpakir. Di hadapan mereka kini tersergam indah premis Bank Islam (M) Berhad. Tiba-tiba Amirah terpaku disitu. Bank Islam??

"Sayang, Nah!"

"Apa ni bang?" Huluran Suaminya disambut dengan penuh kerutan di dahi. "Kad ATM?"

Hakim menganggukkan kepala. Pinggang isterinya dicapai lalu dipeluk erat dari belakang. Perut Amirah yang masih belum menunjukkan perubahan diusap manja. Disitu tersimpannya buah cinta mereka.

"Abang dah bukakan akaun Bank Islam untuk Mira. Setiap bulan abang akan masukkan duit dalam akaun tu. Duit tu untuk perbelanjaan Mira dan anak kita nanti."

"Tapi abang kan memang selalu bagi duit dekat Mira? Kenapa nak buka akaun lagi?" Soalnya. Hampir setiap minggu Hakim akan memberikan wang belanja untuknya. Barangan dapur juga akan disediakan oleh Hakim. Jadi apa perlunya simpanan itu lagi. Wang yang Hakim berikan pada dia selama ini sudah lebih daripada cukup.

"Itu duit untuk perbelanjaan rumah sayang. Duit dalam akaun ni untuk perbelanjaan sayang dan anak kita. Manalah tahu kalau sayang nak beli baju ke apa ke sayang boleh pakai duit ni."

"Tapi..."

"Dah tak ada tapi-tapi lagi. Mira ambil saja. No PIN ada abang tulis dalam buku akaun tu."

"Thanks..abang."

"Eh, Mira!" Terkejut Amirah apabila bahunya ditolak oleh Marissa. Kelihatan gadis itu sedang memandangnya dengan riak tidak puas hati. "Sempat lagi kau berkhayal dekat sini. Cepatlah kata nak keluarkan duit. Kang terlambat pula kita nak balik office. Waktu lunch dah nak habis ni."

"Yelah, jom!"

Malam itu selepas menidurkan Nasuha, Amirah termenung di ruang tamu. Bermacam-macam perkara yang difikirkannya. Persoalan yang menyesakkan kepalanya saat itu. Sungguh dia tidak menyangka setelah 6 bulan berlalu ternyata Hakim masih tidak lupa dengan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Nafkah untuk isteri dan anaknya tetap diberikan. Terkejut dia apabila melihat buku akaun Bank Islamnya yang tercatat wang masuk setiap bulan. Dia yakin itu adalah pemberian suaminya kerana tiada siapa pun yang mengetahui nombor akaunnya kecuali Hakim. Suaminya itu yang membukakan akaun tersebut untuknya.

Kalaulah mereka tidak singgah di bank itu tadi, sudah tentu dia tidak akan ingat yang dia mempunyai akaun di Bank Islam dengan jumlah simpanan yang begitu banyak. Semua itu disebabkan sikapnya yang tidak pernah mahu menyentuh wang itu. Bukan kerana tidak menghargai pemberian suami, tetapi pada fikiranya lebih baik wang itu disimpan untuk kegunaan masa depan.

Kau yang Kunanti by Ida Farisya (Unedited Version)Where stories live. Discover now