KYK 4

2 0 0
                                    

"Itu saja yang abang nak cakap? Dah habis? Kalau dah habis, Mira nak balik," ujarnya beserta jelingan.

Namun langkahnya terhenti apabila Hakim dengan pantas menghalangnya. Amira sedaya-upaya cuba melepaskan lengannya dari cengkaman kuat suaminya.

"Apa ni abang? Lepaskanlah," gumamnya.

Rontaan yang agak agresif dari Amirah memaksa Hakim melepaskan pegangannya. Terasa belas juga melihatkan wajah bersih isterinya berkerut-kerut menahan sakit.

"Kenapa Mira buat abang macam ni?"

"Buat macam mana?"

"Kenapa Mira tinggalkan abang?"

Tidak semena-mena wanita itu ketawa kecil. Menganggap persoalan Hakim sedikit menggeletek hatinya. "Mira rasa abang tahu kenapa."

"Sebab Sofiana?"

Amirah tidak menjawab. Hanya renungan mata yang sedikit sayu dilepaskan sebagai jawapan kepada suaminya itu.

"Maafkan abang Mira. Abang tahu abang bersalah kerana mengabaikan Mira. Abang janji selepas ni perkara macam ni takkan berlaku lagi. Abang akan berlaku adil kepada isteri-isteri abang dan anak kita," janji Hakim.

Sekali lagi Amirah melepaskan tawa bernada sindiran.

"Sudahlah abang. Tak perlu berjanji kalau diri sendiri tak mampu nak menunaikannya. Biarkan saja Mira dengan hidup baru Mira sekarang. Abang pun sudah punya kehidupan baru dengan Sofiana."

"Tak sayang. Ini bukan omong kosong. Abang benar-benar maksudkannya," ujar hakim bersungguah-sungguh.

Dia sedar, sukar bagi Amirah untuk mempercayai kata-katanya setelah apa yang berlaku. Kepercayaan isterinya itu seakan hilang begitu sahaja. Malah kekadang dia terasa bercakap dengan seseorang yang bukan isterinya. Terlalu jauh perbezaan yang dirasakan walaupun baru 6 bulan mereka terpisah.

Namun begitu, dia tidak menyalahkan Amirah. Memang layak isterinya itu berkelakuan begitu terhadapnya. Dan dia akur dengan apa yang ada dihadapan matanya sekarang ini.

"Abang ingat tak, abang pernah berjanji perkara yang sama dulu? Tapi apa yang berlaku? Abang abaikan Mira. Abang tak tunaikan janji abang yang kononnya akan bertindak adil pada Mira dan anak kita. Jadi apa bezanya sekarang? Tak mustahil perkara yang sama akan berlaku lagi."

"Jangan cakap macam tu sayang. Abang dah sedar sekarang betapa pentingnya Mira dan Suha dalam hidup abang. Abang tak akan sia-siakan Mira dan anak kita lagi." Hakim masih berusaha memujuk. Berharap agar janji-janjinya bakal melembutkan hati isterinya itu. Dia tahu, Amirah tidaklah sekeras mana. Masih dia ingat sewaktu Amirah mendapat tahu tentang perkahwinannya dengan Sofiana. Pada mulanya memang terpancar riak kecewa yang teramat sangat pada wajah itu. Tapi setelah dibanjiri dengan janji-janji manis Hakim, perlahan-lahan bibir itu mengukirkan senyuman. Menandakan yang isterinya itu sudah mampu menerima semuanya. Hakim yakin isterinya itu mudah untuk dipujuk.

Berlainan pula dengan Amirah. Janji-janji manis Hakim seakan belati tajam yang menusuk tangkai hatinya. Makin lelaki itu berjanji makin dalam dirasakan tusukan itu. Hatinya makin luka berdarah. Pada Amirah janji-janji itu hanya sandiwara belaka oleh seorang insan yang begitu mendambakan sesuatu. Sesudah dimiliki, entah ditunaikan atau tidak janjinya itu?

Akan dipastikan yang hatinya tidak mudah untuk mengaku kalah dengan suaminya itu kali ini. Hakim perlu diajar tentang erti kesetiaan dan keadilan. Itu azamnya!

"Berlaku adil konon," ejek Amirah. "Mira muak tahu tak dengan janji abang tu. Janji yang tak mungkin abang akan tunaikan kerana dalam hati abang hanya ada Sofiana. Mira ni cuma pengubat kesunyian abang je. Atau mungkin sekadar pelepas nafsu abang di saat abang menginginkan Sofiana!"

Kau yang Kunanti by Ida Farisya (Unedited Version)Where stories live. Discover now