KYK 5

3 0 0
                                    

Hakim nyata terkejut dengan kata-kata biadab Sofiana sebentar tadi.

"Apa yang Sofi cakapkan ni??" Marah Hakim. Wajah isterinya itu dipandang dengan riak marah dan geram yang begitu membukit. Sempat juga dia menangkap perubahan riak di wajah Amirah. Mungkin tidak menyangka yang Sofiana akan mengherdiknya sebgeitu sekali. Isteri keduanya itu ternyata tidak berubah. Sifat dengkinya terhadap Amirah tidak pernah hilang. Dan Hakim yakin sifat dengkinya itu akan lebih bermaharajalela bila melihat perubahan Amirah itu. Bagaimana cara hendak menangani sifat buruk Sofiana ini? Ahh, dia pun sudah malas hendak memikirkannya! Dia sudah bosan! Yang penting baginya adalah mendapatkan Amirah semula. Itu misinya sekarang.

"Betullah apa yang Sofi cakap. Perempuan ni sebenarnya nak merampas abang daripada Sofi. Sebab tu dia datang balik. Buat-buat tak kenal konon. Padahal nak tarik perhatian abang. Kau ingat aku tak tahu tektik kotor kau tu? Jangan haraplah perempuan. Aku takkan benarkan!!" herdik Sofiana lagi. Hakim mula berasa serba-salah. Terasa mahu sahaja melayangkan tangannya di pipi isterinya itu. Bicaranya semakin kurang ajar sekarang. Tetapi disabarkan hatinya. Bimbang lain pula yang akan terjadi nanti. Lagipun Sofiana sedang sarat mengandung.

"Hei, perempuan! siapa yang merampas siapa sebenarnya ni? Aku ke kau? Cuba kau fikir balik? Aku rasa kau yang merampas suami aku," bidas Amirah dengan nada lembut tetapi sinis. "Perempuan tak tahu malu. Perampas suami orang!!" Kasar pula antonasinya kali ini. Amirah seakan melepaskan geramnya. Reaksinya itu mengejutkan Hakim dan Sofiana. Mereka seakan tidak percaya mendengarnya. Manakala Marissa pula hanya tersenyum bangga di dalam kereta. Selama ini Amirah tidak begini. Dia wanita yang lemah-lembut dan kurang berbalas kata. Kalau dia terluka pun dia hanya akan menangis. Tapi nampaknya kali ini Hakim dan Sofiana terpaksalah bersedia untuk berdepan dengan Amirah yang baru. Berkat ajarannya selama ini. Bangga juga menajdi guru tidak bertauliah temannya itu.

"Hei, kau tu yang perampas sebenarnya! Kau rampas kekasih aku!!" Sofiana semakin menggila. Panas hatinya mendengar kata-kata Amirah yang dianggap lancang sebentar tadi. Bagaimana Amirah seberani itu? sedangkan sewaktu di kampus dahulu wanita itu paling tidak berani membantah kata-katanya. memang mereka teman rapat. Tetapi dia berteman dengan gadis itu kerana dia fikir dia boleh menggunakan Amirah. Apa yang disuruh pasti akan turuti. Hasilnya dia boleh tenang berpacaran walaupun tugasan yang diberikan pensyarah berlambak. Semuanya diserahkan kepada gadis itu.

"Sofi sudahlah tu, tak elok bertengkar dekat sini. Malu kalau orang tengok. Lagipun Sofi tengah mengandung. Apa kata kalau Sofi pergi tunggu dalam kereta. Kejap lagi abang datang," pujuk Hakim. Tetapi nampaknya pujukannya itu tidak berjaya mengeluarkan kedua wanita yang sedang merenung sesama sendiri itu. Pujukannya bagaikan dibawa angin lalu. Hakim semakin kuatir. Bimbang sekiranya pergaduhan antara isteri-isterinya ini akan menutup peluangnya memujuk Amirah kembali ke sisi. Hati yang terluka seperti Amirah perlu diubati dengan berhati-hati.

"Habis salah aku ke bila suami kau kejar aku macam ni? Bukan aku yang cari dia tahu? Dia yang datang cari aku!! Sebab apa? Sebab dia dah tak nakkan kau lagi!! kau tu yang terhegeh-hegeh nakkan dia!!"

"Kurang ajar punya perempuan!!" Sofiana sudah mengangkat tangan ingin menampar pipi gebu Amirah. Tetapi pantas dihalang Hakim. Tubuh wanita itu diperangkap kemas didalam pelukannya. Tidak akan dibenarkan tangan itu mencecah seinci pun tubuh isteri pertamanya itu.

Sofiana meronta-ronta ingin dilepaskan. Rontaannya begitu menggila. Dia seakan tidak sedar yang dirinya sedang sarat mengandung. Apa yang ada dalam fikirannya adalah ingin mengerjakan wanita yang sedang berdiri angkuh dihadapannya sambil berpeluk tubuh. Senyuman kebanggaan dihadiahkan buat Sofiana tanda kemenangan kerana Hakim sedang berusaha untuk melindunginya. Makin menambahkan sakit hati Sofiana.

"Abang kata sudah Sofi!!" tengking Hakim kuat. Membuatkan semua yang ada di situ beserta dua orang wanita yang baru memasuki kawasan letak kereta itu terkejut. Suara tangisan Nasuha yang berada di dalam kereta juga jelas kedengaran. Mungkin merasakan dirinya yang sedang dimarahi. Kanak-kanak memang begitu. Amirah pantas mendapatkan anaknya. Nasuha dipeluk erat. Belakang anak kecil itu digosok agar dapat mengurangkan rasa terkejutnya. Tidak berapa lama kemudian tangisan itu semakin mereda.

Kau yang Kunanti by Ida Farisya (Unedited Version)Where stories live. Discover now