KYK 15

2 0 0
                                    

Setelah menikmati makan tengahari, mereka berehat di sofa sambil menikmati pencuci mulut yang telah disediakan oleh Hakim sebentar tadi. Ingatkan beria mahu menolong Amirah memasak..tapi rupanya hanya menolong mengupas buah-buahan. Alasannya, mahu merasai masakan dari air tangan isteri. Tapi itu lebih baik dari terpaksa bergesel tubuh dengan Hakim di dapur yang akan terhad ruangannya itu.

Nasuha pula sudah ditidurkan semula oleh neneknya setelah penat bermain. Anak itu pasti keletihan kerana hanya tidur tidak sampai satu jam pun. Naluri seorang ibu kuat mengatakan yang anak kecilnya itu boleh merasakan kedatangan keluarga abahnya ini. Dan dia juga tidak mahu melepaskan peluang untuk bermain dengan mereka dengan hanya tidur sahaja. Akhirnya selepas keletihan dia terlentok di bahu abahnya yang juga kepenatan melayan kerenah jantung hati mereka itu.

"Mira, kami semua ada hadiah untuk Mira dengan Suha." Beritahu Datin Intan. Amirah mengerutkan dahi. Hadiah?

"Hadiah? Hadiah apa, ma?" Tanya Amirah.

"Hadiah biasa-biasa saja. Pergi ambil dalam kereta Kim," pinta Datin Intan kepada anaknya. Patuh arahan itu, Hakim bangun dari tempat duduknya. Lega juga Amirah bila Hakim mula meninggalkan sofa itu. 'Macam tak ada tempat lain. Sebelah aku juga mahu menempel.' Walaupun sofa berangkai tiga ini mampu menampung tiga orang, tapi ia seakan kecil buat Hakim. Duduknya terlalu rapat sehingga Amirah terpaksa menginjak ke hujung sofa.

Entah hadiah apalah yang mahu diberikan buat mereka? Dan kenapa pula mahu memberi hadiah? Hari lahirnya dan Suha lambat lagi? Atau adakah Datin Intan dan Datuk Faruk baru pulang dari luar negara? Kebiasaannya, bila mentuanya itu pergi bercuti ke luar negara pasti akan ada buah tangan untuk mereka semua.

"Kenapa nak bagi kami hadiah, ma?" Tanya Amirah, sopan. Bimbang pula dikatakan seperti tidak sudi menerima pemberian orang.

Datin Intan hanya tersenyum sahaja. Dia sudah dapat mengagak akan pertanyaan itu. Pasti menantunya itu kehairanan akan kehadiran hadiah-hadiah itu. Jujurnya dia tidak punya sebab khusus mengapa hadiah itu diberikan. Cuma dia terasa ingin memberi setelah lama tidak bersua muka dengan menantu dan cucunya itu.

"Hakim pun ada belikan hadiah untuk Suha dengan Mira, tau? Kamu mesti suka nanti," beritahu Datin Intan lagi. 'Hakim pun ada belikan hadiah? Untuk apa?' Makin menambahkan rasa ingin tahu di hati Amirah.

Tidak lama kemudiaan, Hakim melangkah ke dalam rumah bersama kotak hadiah yang penuh di tangan. Terlopong dia sebentar. Banyaknya hadiah! Takkan semua itu untuk dia dan Nasuha yanga baru menginjak usia satu tahun enam bulan itu?

Selepas meletakkan hadiah di atas meja kopi, Hakim kembali mengambil tempat duduk di sebelah Amirah. Jantung yang sudah pun reda kembali berdetak laju. Dia ni!! Amirah mendengus perlahan. Siap dengan jelingan tajam lagi. Sengaja menghantar makna yang dia tidak menyukai apa yang dilakukan oleh suaminya itu. Tapi semua itu seakan tidak memberi kesan kepada Hakim. Malah, dia sengaja memeluk bahu Amirah dan menarik tubuh itu rapat ke tubuhnya. Terjengil biji mata Amirah dengan tindakan selamba suaminya itu. Manakala ibu dan bapa mentuanya sudah tersenyum-senyum melihat gelagat mereka berdua.

Perlahan-lahan, Amirah cuba mengalihkan tangan itu dari terus melingkar di bahunya. Tetapi makin erat pula cengkamannya.

"Lepaslah..." Bisik Amirah pada Hakim tanpa menzahirkan kelakuannya. Dia pasti gelagat mereka pasti dalam renungan kedua mentuanya itu. Jadi, dia tidak boleh terlalu keterlaluan dalam memprotes.

"Lepaslah abang....." Pinta Amirah sekali lagi. Seperti tadi, permintaan itu tidak di layani oleh Hakim. Dia senang berada rapat dengan isterinya itu. Langsung tidak dipedulikan pada mata-mata nakal ibu dan bapanya. Perasan malu juga dilemparkan ke tepi demi menyembuhkan penyakit yang ubatnya sudah tentu adalah Amirah sendiri.

Kau yang Kunanti by Ida Farisya (Unedited Version)Where stories live. Discover now