KYK 16

3 0 0
                                    

Peristiwa semalam benar-benar menguji kesabarannya. Hakim telah bertekad tidak mahu melepaskannya. Walaubagaimana cara yang dia gunakan untuk memujuk lelaki itu tetap tidak membuahkan hasil. Kadang dia berfikir yang lelaki itu begitu tamak. Sanggup mendera perasaan seorang isteri demi kepuasan diri sendiri. Tiadakah belas kasihan untuk isteri terbuang seperti dirinya ini?

Selepas pertengkaran mereka semalam, masing-masing mendiamkan diri dan tidak bertegur sapa. Mungkin Hakim memberikan ruang untuknya berfikir. Atau lelaki itu sebenarnya sedang menenangkan hati yang sedang disirami amarah. Sehinggalah ibu bapa mentuanya turun selepas menunaikan solat barulah suaminya itu bersuara. Itupun hanya meminta diri untuk turut menunaikan solat.

Dia sedar pandangan penuh tanya dari kedua ibu bapa mentunya itu tetapi pura-pura untuk tidak melayan. Dan dia juga sedar pertengkaran mereka didengari oleh mereka berdua. Sememangnya malu menguasai diri. Tetapi ibu bapa mentuanya pasti sudah maklum akan hal ini. Untung juga mereka mengetahui keadaan dia dan suami saat ini sangat teruk. Ibarat retak menanti belah! Mungkin Datin Intan dan Datuk Faruk dapat menasihatkan anak lelakinya itu melepaskannya. Itu lebih baik dari dia terus melakukan dosa kerana membenci suami sendiri. Walaupun pada hakikatnya sayang masih berbaki! Tetapi luka juga menggunung tinggi. Mungkin inilah takdir untuk dirinya.

Kerlipan 'mesengger' di sudut bawah skrin komputer menarik perhatiannya. Tetikus dilarikan. Pesanan dari Faris!

'Dah decide nak pergi dgn sape?'

Amirah mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan pertanyaan itu. Pantas jari-jemarinya bermain di atas keyboard.

'Pergi mana?' balasnya.

'U tak baca email ke?'

Email? Tergesa-gesa dia membuka email. Patutlah! Sedari pagi dia tidak membuka email. Apa agaknya perkara yang sedang ditanyakan oleh Faris ini?

Parti Hari Jadi anak Dato' Kuzir?!! Bila pula ni? Laju sahaja tangannya melarikan tetikus ke bawah. Butir-butir program dibaca dengan teliti. Semua staf diwajibkan hadir? Pelik ni!

Setelah semua isi kandungan e-mail dibaca dan difahami, Amirah kembali membalas pesanan Faris.

'Kenapa semua diwajibkan hadir? Tu kan party hari jadi je.'

'Mmg selalu mcm tu. Setiap party yg dia adakan mesti dihadiri semua staf. For networking he said. He invited all Mega Construction business partners.'

'Ooo..'

'So mcm mna? U nak pegi dgn sape?'

Faris bertanya lagi. Amirah terdiam sebentar. Dengan siapa lagi kalau bukan dengan Marissa. Tapi bagaimana pula dengan Nasuha?

'I pergi dengan Marissa la.'

Balas Amirah tanpa ragu-ragu.

'Marissa kan tak dapat hadir. Dia dapat excuse sebab baru balik dari oustation.'

Hah? Alamak!! Baru dia teringat yang Marissa sekarang sedang berada di Langkawi kerana menguruskan projek syarikat di sana. Seminggu dia akan berada di sana. Memanglah dia pulang sebelum parti Dato' Kuzir. Tapi sudah tentulah dia perlukan rehat yang cukup setelah seminggu menguruskan projek di Langkawi.

'Yela..I lupa. Mungkin I ikut budak2 ofis je. U?'

Putus Amirah. Itu sajalah yang dapat difikirkannya.

'I ingat nak ajak u pergi sama. Sudi tak?'

Barulah Amirah memahami kenapa Faris begitu beria bertanya. Dia tersenyum sambil jemarinya laju menaip.

'Seganlah..Nanti apa pula kata staf yang lain bila tengok I pegi dgn u?'

'Apa yang nak disegankan? Biarlah dia orang nak mengata apa pun. Kita bukan buat salah. Boleh ya? U pegi dgn I? Tak kesian ke dkt I tak ada teman ni?'

Kau yang Kunanti by Ida Farisya (Unedited Version)Where stories live. Discover now