KYK 11

2 0 0
                                    

Amirah memicit-micit kepalanya. Fail dan skrin komputer yang penuh dengan angka-angka memeningkannya. Padahal itu semua telah menjadi sebati dengan kehidupannya sebelum ini. Sementelah pula dia seorang akauntan. Sudah tentulah setengah dari kehidupannya dipenuhi dengan angka-angka.

Dia sedar akan sebab kenapa angka-angka yang dahulunya digemari, kini menjadi sesuatu yang aneh pada dirinya. Semua ini adalah kerana bekas suaminya itu. Geram dia apabila mengingatkan Hakim. Tidak putus-putus menganggu hidupnya. Sangkanya kejadian beberapa hari lepas akan melenyapkan lelaki itu buat seketika. Tetapi ternyata tidak! Hakim langsung tidak kisah. Semakin merancakkan gangguan, adalah.

Terbaru Hakim mahu membawa ibu dan bapa mentuanya ke rumah. Semua itu diberitahu melalui panggilan telefon semalam. Hampir pengsan dia mendengarnya. Bukan dia tidak mahu berjumpa dengan ibubapa mentuanya itu. Dia sangat sayangkan mereka. Tetapi dia malu. Sudah hampir setahun mereka ditinggalkan tanpa khabar berita. Mungkin salahnya juga kerana terlalu mengikut rasa marah di hati. Tapi dia juga sudah tidak punya daya lagi menanggung semua penderitaan yang dihadiahkan Hakim. Lalu jalan terbaik adalah melarikan diri.

Tapi bagaimana cara untuk dia berhadapan dengan kedua mentuanya itu? Masih sayangkah mereka kepadanya? Atau mereka sedang menunggu masa untuk meledakkan kemarahan kerana melarikan diri? Ahh, buntu fikirannya saat ini! Terlalu buntu! Sehingga tidak mampu untuk memberikan tumpuan kepada kerjanya.

Hampir melantun jantungnya saat sesuatu tiba-tiba jatuh dihadapannya. Tambahan pula ketika itu dia sedang menunduk menekur fail di meja. Lantas kepalanya didongakkan. Kelihatan Faris sedang berdiri dan tersenyum manis kepadanya. Namun jika diteliti dengan betul lelaki itu seperti hendak mentertawakannya. Mungkin kerana reaksinya sebentar tadi.

"Terkejut saya bos. Ingatkan apalah tadi," kata Amirah sambil mengusap dadanya.

"Tulah akibatnya kalau terlalu khusyuk buat kerja. Sampai saya masuk pun tak sedar." Faris isyarat tangan pada perkataan 'terlalu banyak kerja'. Sempat juga dia menggumam di dalam hati, kerja apalah yang bisa diselesaikan jika menekur begitu. Faris tahu pasti ada sesuatu yang menganggu fikirannya pekerjanya itu.

Amirah hanya tersengih. Dia tahu Faris sedang menyindirnya. Entah sejak bila lelaki itu berdirinya di hadapannya tidak pula dia sedari.

"Apa yang you menungkan?" Tanya Faris sambil melabuhkan punggu di hadapan Amirah. Wajah tidak ceria wanita itu ditatapnya.

"Tak ada apa-apalah." Balas Amirah sambil mengambil kertas yang baru sahaja diletakkan dihadapannya sebentar tadi. Kertas yang disangkakanya lembaga putih sebentar tadi. Ada lagi kerja baru untuknya. Beginilah setiap hari. Kerja semakin bertambah dari hari ke sehari.

"Kalau tak ada apa-apa, takkanlah sampai begitu gayanya? I know there is something bothering your mind, isn't it? Now tell me. I tak suka pekerja I mengelamun waktu kerja."

Faris berusaha memujuk Amirah untuk berkongsi masalah dengannya. Amirah jarang menunjukkan sikap sebegini. Dan dia percaya masalah yang dihadapi boleh tahan beratnya.

"Tak adalah bos. Sorrylah kalau saya termengelamun waktu kerja. Saya cuma rehat sekejap. Banyak sangat kerja. Sekarang pula bos dan tambahkan kerja saya." Amirah cuba bergurau.

Faris tersenyum sebelum menjawab. "Dah nama pun pekerja, mestilah kena buat kerja. Sekarang nak merungut pula."

"Bukan nak merungut bos. Sekadar meluahkan rasa hati saja. Kan bos juga yang nak saya beritahu masalah saya. Saya buat seperti apa yang bos suruh," balas Amirah. Dia tahu bukan senang Faris mahu menerima kata-katanya. Tapi hanya itulah saja alasan yang boleh dia berikan saat ini.

"Come onlah Mira. You bukan pandai nak mereka alasan pun. Itu bukan problem you, kan? Sebelum ni you tak pernah nak merungut pun walaupun terpaksa stay back sampai pukul 10 malam. Kenapa baru sekarang? I know how much you love your job. Ceritalah. Mana tahu I boleh tolong."

Kau yang Kunanti by Ida Farisya (Unedited Version)Where stories live. Discover now