KYK 12

5 0 0
                                    

"Abang faham..." Lirih Hakim berkata sambil matanya masih tunak memandang skrin telefon yang telah lama gelap. Menandakan talian disebelah telah lama dimatikan.

Dia mengeluh berat. Perlahan-lahan telefon bimbitnya diletakkan di atas meja kopi. Hakim membaringkan dirinya di atas sofa yang sedari tadi menjadi tempat dia bersandar. Lengannya diletakkan di dahi. Gayanya seperti menanggung permasalahan yang begitu berat. Dan sememangnya apa yang ditanggungnya sekarang terlalu menyesakkan. Masalah berkaitan Amirah, isterinya!

Bukan dia penat melayani segala perlakuan kasar Amirah terhadap dirinya. Tidak pernah dia merasai semua itu. Tetapi dia lelah memikirkan cara bagaimana dia hendak menawan hati isterinya semula. Jalan yang harus dia tempuhi terlalu sukar.

Tidak cukup dengan masalah Amirah, sekarang Sofiana juga membuat hal. Sikap mengongkong dan cemburunya semakin menjadi-jadi. Pantang dia bergerak sedikit, laju sahaja mulut itu bertanya. Kalau sekadar bertanya tidak mengapa. Tetapi disertakan sekali dengan bebelan dan segala macam prasangka. Sehingga Hakim bosan untuk mendengar semua itu lagi. Jadi apa yang dia lakukan sekarang adalah mendiamkan diri dan bersikap tidak ambil kisah. Biarlah Sofiana membebel 3 jam tanpa henti pun dia tidak akan tunduk dengan kehendak isterinya itu. Dia punya tanggungjawab yang perlu dipikul seadilnya. Dia sudah bertekad untuk tidak akan mengulangi kesilapan lalu.

Tetapi kesabaran manusia ada hadnya. Dia berdoa di dalam hati agar dia dapat bertahan dengan kerenah Sofiana yang semakin gila. Jika kesabaran itu sudah rapuh dia sendiri tidak dapat membayangkan apakah yang mungkin dia lakukan. Sekarang pun hati dan perasaannya seakan pudar buat isterinya itu.

Kemana rasa yang begitu menebal yang suatu ketika dahulu begitu enggan pergi walaupun dia sedar risiko yang bakal dia hadapi? Kemana hilangnya wajah cantik dan penuh kasih sayang yang sentiasa menghiasi wajah isterinya itu sewaktu menyambut dia pulang dari kerja. Apa yang kelihatan hanyalah wajah yang dihiasi cemburu dan dendam. Wajah itu juga sudah hilang serinya.

Hakim tersedar dari lamunan sebaik sahaja terasa tamparan lembut di pahanya. Entah bila mamanya berdiri di situ dia sendiri tidak tahu. Itulah, terlalu melayani rasa.

"Yang kamu ni macam orang susah hati ni kenapa?" Datin Intan bertanya. Pelik dia melihat anak lelakinya itu sedang berbaring di sofa sambil meletakkan lengannya di dahi. Wajahnya muram dan seperti menanggung beban perasaan.

Hakim hanya tersengih sambil bangun dan mengalihkan kakinya untuk memberi ruang buat ibu tersayang melabuhkan punggung. Segan pula dia apabila Datin Intan tidak lepas dari memandang wajahnya.

"Tak ada apalah mama. Janganlah pandang Hakim macam Hakim ada buat salah je."

"Bukan kamu memang ada buat salah ke?" Gurau Datin Intan.

"Ma..tolonglah jangan mula." Balas Hakim. Walaupun sekadar gurauan, tapi Hakim tahu apa yang mahu disampaikan mamanya.

Datin Intan diam untuk beberapa ketika. Dipandang lagi wajah satu-satu anak yang dia punya. Sudah berumahtangga! Malah, berbini dua pula. Anak inilah yang telah mengusutkan kepala mereka suami isteri. Sudahlah berkawin senyap-senyap. Sekarang gara-gara isteri kedua, isteri pertama melarikan diri entah ke mana. Nasib baik sudah ditemui. Kalau tidak entah bilalah anak lelakinya akan terus menjadi perindu sepi.

"Yelah. Yang kamu termenung ni kenapa? Apa lagi yang kamu fikirkan? Mira kan dah jumpa. Ni ha..hujung minggu ni nak pergi tengok dia. Apa lagi yang tak kena?"

Hakim memicit kepalanya. "Entahlah mama. Serabut kepala ni. Sofi dengan cemburunya. Amirah dengan rajuknya."

"Kamu juga yang cari masalah. Bukan salah orang lain pun." Bidas Datin Intan. Walaupun kasihan melihat penderitaan anak sendiri tapi sesekali rasa geram itu tidak dapat disangkal pergi. Oleh itu kekadang jika mempunyai peluang anaknya itu pasti akan disindir-sindir. Biar berbekas sedikit sindirannya di hati Hakim. Supaya semua itu dijadikan sempadan.

Kau yang Kunanti by Ida Farisya (Unedited Version)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن