aksara 2

626 33 0
                                    

Julai 2018

Wahai aksara,
menginjak umur 12 tahun,
aku masih menaruh hati pada insan yang sama.

Hari ini, sekali lagi.
aku mendapat tahu dia menyimpan rasa pada gadis yang baru berpindah masuk.

bukan gadis sama yang dia menyimpan rasa tahun sebelumnya.

Tahun ini, dia menjadikan aku orang ketiga.

Meminta aku nombor telefon gadis yang dia minati.
Bukan sekali, malah 2 kali.

Tetapi pelik bukan ?
aku tidak cemburu.

Malah aku gembira, dia memulakan mesej denganku.

Hati.. kamu baik baik saja bukan ?

-intisar.

Alea menghempaskan tubuh ke atas katil dengan baju kafa yang masih tersarung di tubuh.

Mata terpejam cuba melepaskan lelah setelah seharian menimba ilmu. Telefon di sisi dibiarkan.

Belum sempat diri terlena, bunyi notifikasi menyentakkan Alea. Dengan malas tangan mencapai telefon sebelum dengan mata layu dia melihat paparan skrin.

Terbeliak anak matanya melihat sebaris nama yang tertera di paparan skrin. Sebaris nama yang mampu membuatkan hatinya berdetak 10 kali lebih laju.

Terus jari mengetik ruangan message.

Senyuman tidak lekang di bibir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Senyuman tidak lekang di bibir. Terasa segala lelah nya tadi seolah hilang apabila melihat sebaris nama itu.

terus jari cantik milik Alea menari menari di atas papan kekunci membalas pesanan Amar.

.⁠。⁠*⁠♡

Dengan penuh teruja aku membalas pesanan ringkas dari Amar. Hati meronta ronta ingin tahu mengapa jejaka ini memulakan perbualan.

Tetapi, melihat tujuan dia memulakan perbualan denganku membuatkan rasa teruja tadi secara lansung hilang ditiup angin.

Biar aku kenalkan,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Biar aku kenalkan,

Marina, gadis yang baru berpindah masuk ke kelas kami.

Sekali lagi, aku mengaku, gadis ini cantik dan bijak jikalau hendak dibandingkan dengan aku.

Sejak dari aku memberinya nombor Marina. Tiada sebarang pesanan lagi aku terima darinya.

Hari hari berlalu seperti sediakala. Aku masih mengaguminya dari jauh, biarpun saat itu aku tahu, dia masih menyimpan rasa pada orang lain.

Jujur, aku tidak cemburu ataupun mahu berdendam dengan Marina.

Kerana bagi aku,
cukuplah aku mengaguminya dari jauh.

.⁠。⁠*⁠♡

Bulan berganti bulan,
Peperiksaan UPSR dan UPSRA baru sahaja tamat.

Tanpa sedar, berbaki lagi sebulan sebelum aku bakal menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah.

Dia ?
Sepanjang peperiksaan berlansung aku lansung tidak mengambil tahu perihal dia.

Seolah aku rasa,
perasaan ini mungkin sudah pudar.

Benarkah ?
perasaan ini hanya sekadar satu fasa sewaktu aku masih tidak matang ?

Jujur aku buntu.

salam sayang,
dee

aksaraWhere stories live. Discover now