aksara 6

465 23 0
                                    

Julai 2023

Hari berganti hari, masuk bulan ke dua aku bergelar orang ketiga mereka.

Aku dan Amar ?
Kami menjadi semakin rapat.
Dia sering menghantar pesanan menyoalku tentang Nina.
Dan entah bagaimana kami selesa untuk bercerita benda benda random.

Sehinggalah dia pernah memberitahuku,
benda yang tiada siapa tahu.

Aku juga menjadi tempat dia meluah perihal apa yang menyakiti dia. Atau siapa yang menyakiti dia dahulu.

saat itu, jujur aku gembira. Kerana mampu menjadi tempat dia selesa untuk bercakap. Kerana aku tahu, seorang Amar Firas bukanlah seorang yang mudah untuk menceritakan perihal diri dia pada orang.

Aku pernah memberi rakanku membaca setiap perbualanku dengan Amar.

Mereka bilang, Amar tampak lebih selesa dengan aku berbanding Nina.

Saat itu, aku menafikan tanggapan mereka.

Berulang kali aku menegaskan pada diri untuk tidak jatuh padanya.

Tetapi semakin hari, kami semakin rapat.

Madiha menjadi saksi betapa teruja diriku saat menceritakan tentang mereka.

Aku memberitahu Madiha semuanya.

Tentang bagaimana aku dan Amar sering berbual hal random. Dan aku suka itu. Aku suka apabila Amar sering memulakan perbualan dan tanpa sedar perbualan kami akan berlanjutan.

Sehinggakan Madiha turut mengatakan benda sama seperti orang lain katakan.

Dia tampak lebih selesa bersamaku.

Aku menafikan.

Kerana aku takut.

takut aku akan sekali lagi jatuh.

Kerana setiap kali sebaris namanya keluar di notifikasi ku. Aku tidak boleh menipu diri. Aku gembira melihat nama dia.

-intisar

。⁠*゚⁠+

Julai 2023

Aku mula lelah.
Setiap malam, aku mendapat notifikasi dari mereka menyoal tentang satu sama lain.

Atas satu asbab.
Mereka bergaduh.

Notifikasi dari Amar setiap malam yang menunjukkan dia sedang bergaduh dengan Nina telah menjadi perkara wajib yang akan aku terima.

Rutin malamku,
memujuk mereka.

Terus terusan memujuk agar mereka kembali berbaik.

Pelbagai cara aku lakukan.

Kadang aku menyoal diri sendiri.

Adakah aku baik baik saja.

-intisar

。⁠*゚⁠+

August 2023

Lemah, Alea.. kau lemah.
Sekali lagi kau jatuh.
Jatuh pada insan yang bukan milik kau.
Dan yang paling teruk, kau jatuh pada lelaki yang rakan baik kau sukai.
Alea.. you shouldn't fall for him.

Berulang kali aku memarahi diri sendiri.
kerana jatuh pada orang yang sama.

Setiap malam,
it's either Amar or Nina.

Bergaduh.

dan meletakkan aku sebagai orang ketiga.

Mengadu padaku.

Amar,
membuatku tak ubah seperti rumah.

Mengadu dan terus mengadu.
Perihal apa yang dia tidak sukai.

Aku dengar, aku melayan.

Aku memujuk.

walaupun hatiku seolah ditoreh.

sejahat jahat aku,
aku tidak mahu melihat Nina sedih kerana lelaki.

cukuplah aku.
kawanku jangan.

cukuplah aku menyimpan rasa sakit ini seorang diri.
cukuplah hanya Madiha yang tahu.

-intisar

。⁠*゚⁠+

August 2023

Minggu ini bermulanya peperiksaan pertengahan tahun.
Mental ku kacau.
hatiku kacau.

I was at the lowest point of my life.

Aku berubah.
Aku tidak bercakap dengan siapa pun.
Terutamanya Amar.

Di dalam kelas, aku berusaha untuk menjauhinya.

Sehinggakan dia sendiri yang mendekatiku sewaktu aku menelaah pembelajaran.

Dia menyoal sama ada aku baik saja atau tidak.

aku hanya mengangguk dan mengatakan aku okay sebelum dia kembali ke tempatnya.

Pulang dari sekolah, dia menanyakan soalan yang sama. Sama ada aku baik saja atau tidak.

3 hari berturut turut dia menyoalku soalan yang sama.
Seolah olah dia risau melihat perubahan ku.

Sehinggakan dia mewakilkan diri untuk menjadi tempat luahanku.

Aku kembali menyoal dia asbab dia kerap kali menyoal soalan yang sama.

Dan apa yang dia balas,
membuatkan air mataku jatuh.

Bagaimana bisa dia sedar perubahan ku, sedangkan rakan rakan ku sendiri tidak sedar perubahan ku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bagaimana bisa dia sedar perubahan ku,
sedangkan rakan rakan ku sendiri tidak sedar perubahan ku.

Not even Nina.
Realised my changes.

Saat itu, dia membuatkan aku rasa ada yang masih prihatin terhadap ku.

Tetapi tidakkah dia sedar,
dia turut menjadi salah satu sebab mengapa aku berubah.

aku menjauh darinya,
kerana aku takut,
aku takut aku terlalu berlebihan.

kerana aku tahu aku tidak layak.

dan aku takut,

jikalau nina cemburu.

even if it takes me to sacrifice my feelings,
i would.

if that will make her happy.

kerana aku menjadi saksi nina menangis sewaktu dia merendahkan diri dia sendiri.

dan aku tidak sanggup melihat dia menangis lagi.

jadi biarlah.

-intisar

salam sayang,
dee

aksaraWhere stories live. Discover now