aksara 12

493 36 18
                                    

Anak mata cantik milik Alea menatap lama ruangan message yang sudah lama tidak dia singgahi.

Ruangan message yang pernah menjadi salah satu tempat dia meluangkan masa.

Bersama seorang insan yang dia pernah menanti setiap pesanan.

Lama. Lama dia menatap sepi pesanan ringkas yang diterima. Seolah berperang dengan diri sendiri.

Sebaris nama itu, pernah menjadi notifikasi yang dia tunggu setiap saat setiap minit.

Tetapi kali ini, notifikasi ini lah yang paling dia mahu lari.

Amar Firas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amar Firas.

Wajah berkerut pelik mengenangkan bagaimana lelaki ini mendapat nombornya sedangkan dia sudah bertukar nombor tanpa menyimpan semula nombor nombor lama.

Satu sebab dia membuat keputusan menukar nombor ialah untuk membuka buku baharu. Dan salah satu puncanya adalah insan sama yang baru sahaja menghantar pesanan ringkas buatnya.

Anak mata itu menatap lama. Tidak berniat hendak membalas.

Lamunan Alea tersentak apabila bunyi jeritan menyapa kuat gegendang telinganya. Kepala yang tadinya melihat telefon mula memberi tumpuan pada punca suara. Jelas dia dapat lihat banana boat yang dinaiki mereka tadi sudah bertolak menjauh.

Melihat dari jauh, tahulah dia punca suara tadi datang dari Iskandar yang saat ini sedang melompat lompat di atas boat.

Tanpa sedar bibir tertawa nipis. Terhibur dengan tingkah Iskandar. Dapat dia tangkap wajah Imar yang seolah memarahi Iskandar.

They sure are chaotic siblings.

Alea meletakkan telefon ke tepi. Sempat punat ignore ditekan sebelum tangan kembali memeluk lutut menatap mereka yang dibawa jauh ke tengah lautan.

Tertawa kecil Alea apabila jelas dia dapat lihat kelima lima jejaka itu terbalik dari boat sebelum kembali timbul di permukaan.

"fuhh syok do dik ! rugi kau tak join."
Ahnaf yang masih dengan jaket keselamatan di tubuh mendekati sang adik.

"aipp jangan dekat ! basah."
Halang Alea pantas.

Indra yang baru keluar dari air tersenyum melihat topi yang ditinggalkan tadi masih elok dipakai gadis itu. Jaket keselamatan yang tersarung elok ditubuh dibuka sebelum rambutnya yang messy disebakkan ke belakang.

Alea mengalih perhatian pada Indra. Entah kenapa anak mata tertacap pada Indra yang ligat mengeringkan rambut yang lembap. Sekali sekala Indra mengusutkan rambutnya sendiri.

"OKAY NEXT SLEEPING TUBE PULAK !."
Suara nyaring Iskandar mengalihkan perhatian Alea dari Indra. Terukir senyuman di wajah melihat keterujaan Iskandar.

Idlan yang masih memakai jaket keselamatan sudah bersandar pada batang pokok. Seolah pasrah melayan sang adik.

Sedang ligat Alea memerhati Iskandar, tidak sedar akan tubuh yang semakin mendekatinya.

aksaraWhere stories live. Discover now