aksara 26

479 32 14
                                    

Indra hanya menatap redup wajah jelita yang berada di hadapannya tika ini. Tidak dia sangka, gadis yang dulunya dia puja dari jauh. Yang hanya dia mampu luahkan segalanya pada Tuhan. Kini bergelar tunangnya.

"awak.."

"hm ?"
Indra mengumam perlahan.

"awak tak kerja ke ?"
Soal Alea seraya tangan sibuk menyusun kerusi memandangkan waktu belajar budak budak hampir tiba.

"tengah kerja lah ni.."

Alea yang tadinya ligat melakukan kerja terhenti bersama wajah yang berkerut seribu.
"hah ?"

"ni tengah tolong awak susun meja."
Indra mengangkat meja yang tadinya bersusun tinggi sebelum disusun elok.

Alea memincing mata seraya menggeleng perlahan.
"Indra ! saya serius ni ! awak takde class ke ?"

Indra menggeleng perlahan. Rambutnya yang terjuntai disebakkan ke belakang seraya tubuh tegap itu bercekak pinggang melihat kedudukan meja yang tidak sama.
"tak saya cancel."

"hah ? kenapa awak cancel ?"
Soal Alea pelik.

"saja.. nak spend time dengan tunang saya."
Selamba Indra membalas membuatkan Alea yang tadinya bingung memerah malu.

"ish ! indra ! tak baiklah.."

"hahahah saya guraulah.. saya takde kelas."

Alea tidak dapat menahan senyum apabila suara maskulin Indra yang tertawa menyapa telinganya.

Kadang dia bahagia apabila dia sedar, hanya dia yang dapat mendengar ketawa lelaki ini. Apatah lagi mengenangkan hanya dia yang dapat melihat lesung pipit di pipi lelaki ini.

Indra Faleeq.
Sebaris nama yang membuatkan dia berani untuk jatuh sekali lagi.

Ayat dari Iskandar berlegar di kepala.

"kakak ipar nak tau tak ? angah tu.. Ya Allah dark sungguh. Kalau akak tengok baju dia dalam almari. Tak hitam kelabu. Tak kelabu hitam . hah tu je lah. Suram sungguh hidup."

"tapi Is perasan, sejak akak ada dengan kitaorang.. angah dh pandai gelak. Kalau kakak ipar nak tau.. kitaorang dua ni kadang lupa yang abang kitaorang tu ada lesung pipit and pandai gelak."

Idlan yang sibuk dengan gitarnya hanya mengangguk mengiyakan segala ucapan adiknya. Tidak berminat hendak masuk campur.

Alea tersenyum manis mengenangkan jejaka yang berada di hadapannya saat ini sering dieksrepsikan sebagai lelaki yang susah untuk senyum.

Mula sukar untuk dia percaya kerana setiap saat dia bersama Indra. Lelaki itu tidak lekang dengan senyuman.

"Lea.."

"hm ?"
Alea kembali sambung menyusun pinggan mangkuk plastik di atas meja.

"awak betul taknak buat kat dewan or hotel ? u know I'm more that capable to afford a hall right ?"
Soal Indra penuh tersusun.

Alea tersenyum manis seraya menatap sekilas Indra yang turut menatapnya.
"Awak tahu tak.. saya dari dulu memang nak sangat nikah dekat masjid. Only our family n our close friend there. Tanpa orang lain. Sebab bagi saya.. hari di mana saya akan bergelar isteri orang.. saya nak orang yang betul betul dengan saya menyaksikan momen itu."

"lagi lagi saya akan bergelar isteri orang hebat macam awak Indra. Saya tahu, awak ada reputasi untuk dijaga. Saya faham. Tapi kalau tak keberatan, saya nak kita nikah dekat masjid. Dengan bersaksikan keluarga kita sahaja."

aksaraWhere stories live. Discover now