aksara 28

488 30 0
                                    

"Assalamualaikum.."
Salam diberi sebelum Indra melangkah masuk ke dalam rumah yang sudah gelap hanya diterangi cahaya kecil dari ruangan dapur.

Tahu umi yang membiarkan lampu dapur terbuka setiap kali mereka ke Masjid dan pulang lewat.

Iskandar dan Idlan melabuhkan duduk di atas sofa. Melepaskan lelah. Mana tak lelah.. sampai Masjid ingatkan solat je. Kebetulan Imam Masjid tu malamni kawan En Zaidi. Habis ditemu ramah mereka semua.

Imar menghidupkan suis lampu ruang tamu. Menggeleng kecil kepala melihat dua kujur tubuh adiknya terbaring di sofa.
"apa punya perangai. Pergi naik tidur."

"sabarlah Along. Orang nak bernafas kejap."
Gumam Iskandar.

Idlan hanya diam meletakkan lengan ke wajah. Cuba untuk melelapkan mata walau seketika.

"abi naik dulu lah ye. Nanti nak naik jangan lupa tutup lampu semua."
Arahan En Zaidi hanya disambut gumaman dari dua beradik itu.

Indra yang baru tiba dari dapur bersama gelas ditangan turut menggeleng kecil.
"Angah naik dulu.."
Belum sempat kaki menapak tangga, Imar menegur.

"haih awal kau naik ngah ? biasanya sibuk main ps5 kau tu."
Imar melabuhkan duduk di sofa single bersebelahan dengan sofa yang diduduki Iskandar dan Idlan.

"Kenalah naik awal, Nak tengok isteri tercinta.."
Jawapan selamba dari Indra menerima pelbagai reaksi dari tiga beradik itu.

"ah benci aku jauh kau !."
Imar, si sulong.

"eeee gediknyaaa angahhhh !!."
Iskandar, si bongsu.

"tak dengar tak dengar."
Idlan seraya tangan naik menekup telinga.

"HAHAHAHAH."
Indra melepaskan tawa sebelum menapak naik ke atas meninggalkan adik beradiknya di bawah.

.⁠。⁠*⁠♡

Pintu bilik diketuk sekali sebelum dibuka perlahan. Gusar mengejutkan wanita itu. Berkerut wajahnya apabila melihat tubuh sang isteri berada di sofa bersama laptop di riba.
"lea ?."

Alea yang berkerut wajah menatap laptop mengangkat wajah. Senyuman terukir di bibir menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
"ehh hai ! awak dah lama ke balik ?!."

Indra tersenyum nipis melihat reaksi wanita yang halal buatnya itu.
"takdelah.. baru je.. awak buat apa ? kenapa tak tidur lagi ?."
Kopiah dikepala dibuka lalu diletak ke atas meja. Langkah diatur pada sang isteri sebelum punggung dilabuhkan di sisi.

Mata melihat paparan skrin komputer. Berkerut wajahnya melihat seorang lelaki berkulit putih di skrin.
"Sapa ni ?."

"Oh ni Lee Jong Suk !. Saya tengah throwback drama dia.."
Riang suara wanita itu.

"Lee Jong Suk ?."
Indra menyoal disambut anggukan dari Alea.

"eh awak nak tidur dah ke.. kalau nak tidur jomlah.."
Belum sempat Alea menutup skrin laptop Indra lebih pantas menghalang.

"takpelah saya nak tengok juga mamat korea yang awak minat ni."

"seriuslahh awak nak teman saya tengok ?."
Alea membulatkan mata tidak percaya.

"hmm tapi kejap saya tukar baju kejap. Baju ni dah bau minyak wangi jemaah Masjid."
Nyata Indra seraya baju ditarik ke hidung sebelum wajah itu berkerut tidak suka dengan bau yang melekat. Alea tertawa melihat riak wajah Indra.

Mata mengekori tubuh itu lesap ke dalam wardrobe yang menempatkan baju baju milik Indra. Tangan kembali menekan butang mula pada laptop.

"Lea.."

aksaraWhere stories live. Discover now