aksara 18

482 37 5
                                    

Suasana di dalam kereta Indra sepi. Alea hanya menunduk meramas tangan sendiri. Entah kenapa dia merasakan bahawa suasana tika ini amat tegang.

Lihat kepada riak wajah Indra sewaktu bercakap dengan Amar tadi membuatkan jelas dia dapat lihat Indra seolah sedang marah.

Alea takut untuk memulakan bicara tapi dalam masa yang sama dia tidak suka suasana antara mereka tegang. Sejujurnya dia rindu sikap Indra yang sering mencari topik untuk berbual dengannya. Tetapi sekarang lelaki itu hanya diam menatap jalan.

Alea menarik nafas cuba meraih kekuatan sebelum memulakan bicara.
"Indra.."

Perlahan suara Alea disahut gumaman dari Indra.
"hm ?."

"awak marah saya ke ?."
Soal Alea hanya sipi sipi menyapa pendengaran Indra.

"hah ? awak cakap apa lea ?."

Alea menunduk melihat tangan di riba. Tidak betah mengangkat wajah.
"awak.. marah saya ke ?."

Indra tersenyum nipis melihat gadis itu seolah takut takut hendak menyoalnya.
"kenapa saya nak marah awak pulak ?."

"taktau.."
Alea menggeleng tanda tidak tahu.

Indra mengemam bibir menahan diri dari tersenyum gemas melihat tingkah comel gadis di sisinya.
"saya tak marah awak lea.."

"dahtu kenapa awak diam je ?."
Alea melirik sekilas tubuh Indra di sisi.

"haih ? this is the real me lea.."
Soal Indra sedikit pelik dengan soalan Alea.

"Yelah memanglah.. tapi sekarang kan awak dengan saya.."
Perlahan suara Alea tetapi mampu sampai ke pendengaran Indra. Dia tahu.. dia tahu Indra bukan jenis yang suka bercakap dengan orang.. tetapi Indra tidak pernah diam apabila dengannya.

"lea.. apa yang awak cuba cakap ni.."
Lembut suara Indra. Dia tahu gadis ini cuba untuk mengatakan sesuatu padanya.

"Awaklah.."

"yelah kenapa dengan saya lea.."
Sebelah tangan mengawal stereng manakala sebelah tangan tenang di peha. Mata banyak kali melirik ke sisi.

"kenapa awak diam.. biasanya kalau awak dengan saya awak mesti tanya saya dah makan ke belum. Saya buat apa harini. Saya dah solat ke belum.. And kenapa awak tak tanya lansung sapa Amar tu ? kenapa awak diam.. awak marah saya ke Indra ? kalau awak marah saya.. saya minta maaf.. hiks.."

Bergetar suara gemersik Alea. Entah kenapa tika ini hatinya sebak sehingga air mata degil hendak mengalir.

Membulat mata Indra melihat air mata mula mengalir dari tubir mata cantik Alea.
"lea.."

Tanpa Amaran, kereta miliknya terus diberhentikan di bahu jalan. Sebelum tubuh dipusingkan menghadap tubuh gadis yang berada di sisinya.
"lea jangan macamni.. you know how i hate seeing you cry."
Lembut suara Indra cuba memujuk.

Hati Indra sakit melihat air mata yang menodai wajah jelita itu.

"lea.. i cant wipe your tears right now.."

"hiks.. kalau awak marah saya.. saya minta maaf.. tapi awak janganlah diam je... hiks.. "
Tersedu sedan suara itu menahan tangis.

"lea.."
Lembut nama Alea diseru.

"saya tak marah awak.. sumpa saya tak marah awak. I have no reason to be mad at you lea."
Bersungguh sungguh Indra menegakkan kebenaran.

"tapi.. hiks.. kenapa awak tak cakap dengan saya..hiks.."

aksaraWhere stories live. Discover now