aksara 5

482 26 0
                                    

Jun 2023

wahai aksara,

aku ingin mengadu.

hari ini, sekali lagi.
dia jatuh pada rakanku.

Gadis sama yang dia pernah jatuh sewaktu kami di tingkatan 2. Dia mungkin tidak ingat. Tetapi aku ingat dengan jelas.

Andai terlupa, gadis itu digelar Nina.
Rupanya cantik aku tidak menidakkan.

Sehari sebelum aku mendapat tahu dia menaruh hati pada rakan baikku. Aku baru mendapat tahu bahawa Nina juga menyukai dia.

Sejujurnya saat itu, aku tidak tahu apa yang aku rasa.
Yang pasti, aku teruja apabila mendapat tahu mereka menyukai satu sama lain.

Sekali lagi.
Amar memintaku untuk merapatkan dia dengan Nina.
Aku senang hati membantu. Saat itu, jujur aku tidak cemburu.

Malah aku teruja dengan kecomelan mereka yang masih malu malu.

Saat itu,
aku menjadi penyokong nombor satu mereka.

Aku dengan teruja memberitahu Madiha. Dan saat itu, aku membuat keputusan untuk memberitahunya tentang rahsia terbesarku.

Tentang aku, yang pernah simpan rasa pada Amar.

Annur Madiha.
Orang pertama yang tahu, aku menaruh hati pada Amar.

-intisar

.⁠。⁠*⁠♡

Menapak naik ke kelas bersama Nina di sisi. Bergelak tawa bergurau senda dengannya sudah menjadi rutin harianku selepas waktu rehat memandangkan kami tidak sekelas.

Tibanya di kelas Nina. Aku berkerut pelik melihat Amar dan  Arif berada di muka pintu kelas kami menatap ke arah kami berdua.

"bye lea."

"hah byee"

Aku melambai Nina yang menapak masuk ke dalam kelasnya sebelum aku turut mahu menapak masuk ke dalam kelasku.

"tepi sikit. dah macam guard aku tengok korang ni."

Pintaku apabila mereka menghalang jalanku.

Terhenti langkahku apabila disoal Arif.

"Alea, Amar tanya Nina single ke ?."

Tergamam.
Saat itu jujur aku tergamam. Terus bibir tersenyum teruja seraya menatap Amar yang berada di sebelah Arif.

"kau nak try Nina ke Mar ??!!."

Jelas aku lihat Amar menggosok belakang tengkuk cuba untuk menahan malu.
"taklah aku tanya je."

Aku memincing mata tidak percaya.
"betul betullah. kalau betul aku nak tanya ni."

"tanya je lah."

"okay jap NINA !!"
Aku yang tadinya hendak masuk kelas kembali berpusing menghadap kelas Nina.

"EH WEH ALEA."

"nape lea ?."
Tanpa sempat Amar menghalangku. Nina sudah berada di hadapanku. Aku menoleh ke arah Amar yang sudah lari ke tandas manakala Arif di muka pintu hanya ketawa.

"EH LARI PULAK. nak aku tanya ke tak ?"

"tanya je alea."
Arif memaksa ku.

"kenapa lea."

"takpelah weh. nantilah cikgu dah sampai."

.⁠。⁠*⁠♡

Saat semua sudah berada di tempat. Aku sibuk mengemas meja yang berselerak. Tetapi tingkahku terhenti apabila merasakan ada seseorang yang memerhatikanku.

Kepala menoleh ke arah tempat Amar. Jelas dilihat dia melihat ke arahku dengan wajah yang tersenyum lebar. Berkerut wajahku melihat Amar yang tampak pelik. Aku mengangkat dagu membuat isyarat mengapa.

Dia membuat isyarat menggunakan bibir.
"dah tanya ke ?"

"lah ingatkan takmau. dah tadi kau lari."

"alah malulah aku. tapi kau tolong lah tanya."

Jelas suara kami membuatkan seisi kelas turut dapat mendengari perbualan kami.

"hah ye nanti aku tanya."
aku sengaja berkata begitu, sedangkan aku tahu, Nina turut menaruh hati pada Amar.

"tanya tau alea !"

"IYORR"

。⁠*゚⁠+

Pulang dari sekolah, aku menghempaskan tubuh ke atas katil. Menatap siling bilik yang berona putih. Sebelum lamunanku tersentak dengan bunyi notifikasi.

Dari Amar.

Deja Vu.

Ya, dia menyoal tentang Nina. Sama seperti dia menyoalku tentang Fatini 5 tahun lepas.

Dan bermulanya,
kisah aku sebagai orang ketiga.

Jikalau 5 tahun lepas, aku tidak kesah.
Adakah tahun ini, aku bakal merasai perasaan yang sama.
Di mana aku tidak kisah apabila dia menaruh hati pada gadis lain.

salam sayang,
dee

aksaraWhere stories live. Discover now