aksara 14

473 34 5
                                    

"Nina.. stop ! kita boleh bincang."

"kau nak bincang apa lagi Alea. He likes you."

Alea menatap intens tubuh Nina yang semakin menjauhinya. Tubuhnya yang sudah basah dengan air hujan dihiraukan.
"NO NINA ! KAU SALAH FAHAM.. PLEASE LISTEN TO ME."

Nina yang tadinya berjalan laju terhenti lalu berpaling menghadap Alea yang turut menatapnya.
"aku salah faham ?."

"APA YANG AKU SALAH FAHAM ALEA !. DARI DULU LAGI.. DARI DULU AKU PERASAN LEA ! APA LAGI YANG KAU NAK MENIDAKKAN."

"He likes you alea.. its always been you. Kenapa.. how can u be so lucky in life lea.."
Kaku nada suara Nina. Tiada lagi pandangan seorang sahabat terbit dari anak mata itu.

Luluh hati Alea melihat air mata yang mengalir di pipi Nina. Hatinya seolah retak seribu mendengar pengakuan Nina.

"Tak Nina.. please.. he likes you.. percayalah dekat aku.. tolong Nina.."
Lirih suara Alea merayu membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar pasti turut terasa hiba.

"he likes me ?. Alea. Kau tau apa yang dia cakap everytime we go out ? Alea buat apa sekarang. Alea kat mana. Kenapa Alea tak reply message aku. Alea marah aku ke. ALEA ITU ALEA INI. EVERYTHING WAS ABOUT YOU ALEA !."
Sinis nada suara Nina menghentam gegendang telinga Alea.

Deras air mata Alea mengalir seiring dengan hujan yang lebat menimpa bumi. Saat ini tubuhnya yang sakit lansung tidak diambil kisah. Saat ini biarlah andai Tuhan tarik nyawanya sekalipun, dia hanya mahu perbaiki hubungannya dengan Nina.

Teresak esak Alea cuba untuk meyakinkan sang sahabat.
"aku tak suka dia nina.. tolong.. trust me.."

"kau tak suka dia ? then kenapa everytime aku mengadu pasal dia kau backup dia ? KENAPA ALEA KENAPA ?."
Nina yang dilindungi payung dari hujan lebat hanya menatap sinis tubuh kecil Alea yang merintih lirih.

Saat ini kemarahan melebihi segalanya. Betapa sakitnya hati dia saat dia mendapat tahu bahawa Alea pernah menyimpan rasa pada Amar. Tunangnya sendiri.

"aku takde pilihan Nina !! APA PILIHAN YANG AKU ADA ?!
I WAS TRYING TO FIX YOUR RELATIONSHIP NINA. TOLONGLAH PERCAYA AKU."
Nyaring suara Alea cuba melawan lebatnya hujan agar Nina dapat tangkap apa yang dia cuba sampaikan.

"Dah lah Alea.. cukup."

"kau tahu tak Alea.. sometimes.."

Alea hanya menatap wajah tanpa perasaan Nina. Mengharapkan masih ada secebis sinar dari anak mata gadis itu. Sinar seorang sahabat.

Memori mereka dari zaman sekolah bermain laju di minda. Tidak, dia tidak betah membayangkan jikalau Nina memutuskan hubungan dengannya.

"sometimes Alea.. i wish you were dead."

"NINA !"
Nyaring suara Madiha apabila pengakuan Nina menghentam gegendang telinganya. Dia yang dari tadi hanya memerhati membuat keputusan untuk masuk campur.

Cukuplah. Hatinya sakit melihat Alea merintih. Tubuh Alea yang terduduk di jalan ditatap sahyu. Jelas gadis itu terkaku hebat.

Hancur hati Alea mendengar sebaris pengakuan jujur dari bibir Insan yang bergelar sahabat. Insan yang dia pernah korbankan hati dan perasaannya sendiri. Insan yang dia pernah jadikan prioriti dalam hidup.

aksaraWhere stories live. Discover now