aksara 25

468 30 14
                                    

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingati (kebesaran Allah)."

Surah An Nisa ayat 25

Ayat itu berlegar legar di dalam kepala setelah diri dimaklumkan dengan berita mengejutkan.

Ayat yang dikeluarkan sang ayah sewaktu memujuknya apabila dia cuba untuk menegah tentang keputusan ibu.

Tentang panggilan dari Puan Suria yang memintanya pulang ke rumah beberapa hari lalu. Bila disoal mengapa. Sang ibu bilang untuk Majlis Merisik dan Pertunangannya.

Bungkam. Tiada satu kata pun terbit dari bibir itu.

Sedang menerima hakikat bahawa dia bakal bergelar tunangan orang.

Tidak tahu hendak menyalahkan siapa.
Apa yang Alea boleh buat tika ini.
Adalah berdamai dengan takdir.

Kini dia sedang berada di hadapan cermin. Membiarkan muka dicalit solekan ringkas dari Hanis Qasrina. Nak harapkan Madiha memang lambert lagi. Member keluar tepek bedak je.

Tubuh sudah cantik mengenakan abaya ringkas berona merah jambu cair bersama tudung bawal yang dililit sopan.

"Kak Hanis.."

"hm ?."
Hanis yang sedang membetulkan lilitan tudung Alea mengumam.

"Lea takutlah.. macam mana kalau lelaki tu jenis kaki pukul."

"Astaghfirullah budak ini ! jangan doa bukan bukan. Takdenya laki tu kaki pukul."
Bercekak pinggang Hanis memarahi Alea.

"takdelah.. kita taktau kan.."

"Lea jangan risau.. he's the right man for you.. Lea ingat abang lea tu nak biar je ke adik Perempuan dia ni tunang dengan lelaki sebarangan. Yang ini pun dia soal macam Pakguard. Kepochi sungguh."
Sempat Hanis mengutuk Ahnaf.

Alea tertawa nipis. Tiada mood hendak ketawa berlebihan memandangkan tika ini rasa gusar melebihi segalanya.

"okay dah siap.. btw.. ni bakal tunang awak ada bagi hadiah."

Bekas yang berona putih dihulur pada Alea.
"Akak keluar dulu ye.. lepasni kalau dah settle kat luar.. Mak dia akan masuk bilik sarung cincin dekat lea."

Alea mengangguk. Ini semua permintaan pihak lelaki untuk menyarungkan cincin pertunangan secara tertutup. Dan sejujurnya Alea suka. Kerana memang dari dulu dia tidak pernah mengimpikan pelamin semasa majlis pertunangan.

Bagi dia.. cukuplah ikatan ini melambangkan bahawa dia menjadi tunangan orang. Tidak perlu dihebohkan pada orang lain.

Setelah ditinggalkan berseorangan, Kotak ditangan ditatap. Bersinar anak mata itu apabila dihiasi satu kristal cantik berbentuk bunga tulip. Kristal tersebut dibawa keluar sebelum Alea menangkap beberapa helaian kertas yang dilipat kecil.

Kristal berbentuk tulip itu diletakkan ke atas meja sebelum kertas ditangan dibuka lipatan. Beberapa helai Kertas itu dipenuhi coretan aksara tulisan tangan. Berkerut wajah Alea. Cuba mengamati tulisan yang seolah dia kenali.

Mata mula membaca bait bait warkah di tangan.

Destiny.
The most beautiful part is,
i wasn't looking,
yet
in that unexpected moment
i found you,
a serendipity,
so pure
our souls
talk in a language
only heart understand
in you
i found
an infinite universe
without even searching.

aksaraWhere stories live. Discover now