aksara 23

422 31 9
                                    

Kereta Honda milik Amar berhenti di hadapan sekolah swasta yang tersegam indah. Belum sempat keretanya melepasi pagar, Pengawal yang menjaga sudah menahan.

"Encik.."

Tingkap kereta dibuka.

"Ada urusan apa ya ?."

"saya nak jumpa one of the teachers.."
Terang Amar.

Pengawal yang bertugas berkerut sedikit.
"sekejap ya."

Dapat Amar lihat pengawal itu sedang menghubungi seseorang melalui screen canggih yang terdapat di dinding.

Dhamir yang tadinya leka melihat maklumat maklumat pelajar yang memohon masuk bagi semester baru terganggu apabila panggilan masuk dari Pagar utama. Dhamir diam membiarkan suara pengawal keselematan memaklumkan.

"Assalamualaikum Tuan Dhamir. Saya maklumkan dari Pagar Utama. Ada pelawat datang katanya nak jumpa salah seorang pengajar."

Dhamir mengerutkan dahi. Pen yang tadinya dipegang dipusing pusingkan seraya tubuh bersandar pada kerusi. Kerusi dipusingkan menghadap paparan komputer yang memaparkan semua kamera keselamatan yang terdapat di dalam sekolah ini.
"Walaikumusalam."

Fokusnya terarah pada Pagar Utama yang memaparkan kereta honda berona merah di pondon pengawal. Mata dipincingkan apabila dia seolah kenal dengan kereta itu.
"can i have his plate number?"

"WWC 7865 Tuan. Honda Civic."

"hm.."
Senyuman senget terukir di wajah Dhamir. Pen ditangan dipusing pusingkan seraya rambut yang tadinya terjuntai kehadapan disebakkan ke belakang.

"do not allowed him to go in."
Ringkas Dhamir memberi arahan.

"Baik Tuan Dhamir."
Dhamir menongkat dagu menatap paparan skrin kamera keselamatan.

"Maaf Encik sekarang waktu persekolahan. Pelawat tidak dibenarkan masuk kecuali hal kecemasan."

"this is an emergency."
Amar mula menegaskan suara.

"apa apa yang melibatkan pelajar perlu dimaklumkan pada pejabat dahulu. Setakat ini saya takde berita atau informasi dari orang atasan yang mengatakan ada pelawat. Jadi saya tak boleh benarkan Encik masuk."
Tegas pengawal yang bertugas.

Amar menghela nafas kasar. Stereng kereta diketuk melepaskan amarah. Keretanya kembali diundur kebelakang.

.⁠。⁠*⁠♡

Alea mengemas barangnya. Jam di dinding dilihat. Masih berbaki 15 minit sebelum waktu kelasnya.

"Lea ada kelas lepasni ?."
Salah seorang guru bertanya pada Alea.

"Ada kak lagi 15 minit.."

"Happy working."

"hehe terima kasih kak ani."
Alea memberikan senyuman manis pada guru yang lebih lama berkhidmat berbandingnya.

Handphone yang berdering nyaring menyapa pendengaran. Skrin telefon ditatap. Tertera nama Amar Firas di paparan skrin. Panggilan tersebut dihiraukan. Cukuplah. Selagi dia mampu hirau. Dia akan hirau.

Alea kembali menyibukkan diri dengan barang barang di atas meja sebelum mata tertacap pada bunga tulip yang diberi Indra terletak elok di dalam pasu.

Sekali lagi deringan telefon mengganggu ketenteraman Alea. Nafas dihela kasar.
"ish semak lah mamat ni."

aksaraWhere stories live. Discover now