aksara 3

523 32 0
                                    

Januari 2019,

Hari pertama orientasi tingkatan 1,
aku melihatnya, berdiri di pelusuk orang ramai.

Rasa yang selama ini mekar di hati apabila melihatnya tidak lagi dirasai.

mungkin, ianya sudah pudar.

Berjalan naik ke dewan utama sekolah, tanpa sedar,
kami berlanggar.

Bertatapan mata untuk 5 saat sebelum aku kembali menapak naik ke dewan utama. Lansung tidak menghiraukannya.

Tahun ini, kami tidak sekelas. Dan jarak antara kelas nya dan kelas ku teramat lah jauh membuatkan peluang untuk kami terserempak juga sukar.

Hati,
Benarkah kamu sudah tidak lagi menaruh perasaan padanya ?

-intisar.

.⁠。⁠*⁠♡

Januari 2020

Tahun ini, aku menapak ke tingkatan 2. Masih berada di dalam kelas yang sama.

Jujur aku rasakan, tidak bertemu dan berinteraksi dengannya walaupun berada dalam satu sekolah membuatkan aku tidak lagi menanti setiap momen kami.

Tetapi tahun ini,
aku mendapat tahu,
dia meluahkan perasaanya pada rakan baikku.

Ya, rakanku menolaknya kerana dia tidak mempunyai perasaan yang sama dan kerana kami bukanlah type yang mahukan sebuah hubungan percintaan.

Biar aku kenalin, Nina.
Gadis ketiga yang aku tahu dia menaruh hati.
Dan gadis ini merupakan rakan baikku.

Kadang aku tertanya, betapa mudahnya dia bertukar hati.

Tahun ini juga, aku bertemu dengan orang baru.
Pertama kali bertemu dengannya di Majlis makan malam ibuku.

Kami terserempak di hadapan lift, dia dan keluarganya baru turun manakala aku dalam perjalanan naik ke bilik hotel bagi menunaikan solat asar.

Kami bertentang mata.
Sebelum aku mengalihkannya melihat ke arah lift yang baru tiba.

Malam itu, masih segar di ingatanku,
Dia dan keluarganya duduk di sebelah keluargaku.

Tipulah jika aku kata aku tidak melihatnya.

Malam itu, aku mengalami senggugut. Sehinggakan salah seorang rakan ibuku menyoal keadaanku.

Dan yang membuatkan aku tersenyum, dia turut menoleh melihat ke arahku apabila aku mengatakan aku sakit.

Saat itu, sebaris nama Amar Firas tidak lagi berlegar di dalam ingatanku.

- intisar

.⁠。⁠*⁠♡

March 2020

Harini, aku mendapat tahu namanya dan aku juga dapat tahu bahawa ibu nya dan ibuku merupakan rakan baik.

Muhammad Indra Faleeq.
Anak kedua dari 4 orang adik beradik.

Dan dia juga tua setahun dariku.

Hari demi hari aku makin mengenalinya sehingga aku sendiri mengikutinya di Instagram. Cukup Tuhan tahu betapa terujanya aku apabila dia turut mengikutiku.

Saat itu, nama Amar Firas tidak lagi menganggu mindaku.

hanya sebaris nama Indra Faleeq yang mampu membuatkan bibir ini tersenyum indah.

-intisar

.⁠。⁠*⁠♡

Februari 2021

3 tahun semenjak aku bergelar seorang pelajar sekolah menengah. Aku dan Amar tak ubah seperti orang asing yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

Jarak kelas kami yang jauh lagi membuatkan kami lansung tidak terserempak.

3 tahun, kami tak ubah seperti orang asing.
Tidak bertegur sapa mahupun bergurau senda seperti sewaktu kami di sekolah rendah.

Hal itu membuatkan aku yakin, aku betul betul tidak lagi menaruh hati pada Amar.

Tentang Indra,
aku juga tidak lagi meminatinya.

Tahun ini,  aku mahu fokus pada diri sendiri.

Cukuplah segala perasaan bodoh ini,
aku perlu sedar, aku masih punya perjalanan yang jauh.

Dan aku tidak mahu menghancurkan diri kerana sebuah perasaan yang tidak pasti penghujungnya.

-intisar.

salam sayang,
dee

aksaraWhere stories live. Discover now