aksara 31

663 38 6
                                    

"Kakak ! ibu kata lagi 30 minit orang inai sampai !."
Laungan sang adik dari luar bilik menyentakkan Alea yang leka mendengar cerita Indra.

"Ya Allah budak ini.."

Indra tertawa kecil melihat wajah cemberut sang isteri. Tak puas hati lah tu cerita tergantung. Tangan naik menepuk lembut peha Alea.
"dah pergi siap siap.. lambat nanti."

Alea menghela nafas lemah. Cukup malas hendak bangkit dari duduk.
"kalau tak pakai inai tak boleh ke ?."

Indra tersenyum nipis. Tangan naik mengelus lembut alis kening sang isteri.
"Indra ada cerita pasal inai.. nak dengar tak ?."

Alea mengangguk laju bersama senyuman teruja di wajah.

"nak dengar kena bangun bersiap. Sambil lea berinai saya cerita."

"alaaa.."

"no ala ala come get up."

.⁠。⁠*⁠♡

Alea hanya mengenakan baju kurung tradisional berona merah jambu cair yang dimiliknya bersama bawal yang dibiarkan lepas. Tidak lupa juga sarung lengan berona putih di dalam.

Alea mengamati wajah buat kali terakhir sebelum menapak turun dari bilik. Indra sudah terlebih dahulu turun memandangkan mereka memerlukan khidmat suaminya mengangkat barang.

Semua ahli keluarga besar Alea mengalihkan perhatian pada susuk Alea yang melangkah sopan turun dari tingkat atas. Alea hanya tersenyum nipis menyapa keluarganya. Langkah dituju pada tempat yang sudah dihias cantik buatnya.

Ringkas tetapi masih cantik dipandangan Alea. Kata Puan Suria.. Hiasan ini semuanya dihias sendiri oleh ibu saudaranya.

Jujur Alea gugup kerana menjadi perhatian ramai biarpun kaum lelaki semuanya berada di luar rumah. Tidak dibenarkan masuk kecuali ahli keluarganya dan suaminya.

Dari tadi Alea mencari susuk sang suami buat menemaninya. Puan Suria yang perasan kegelisahan anak perempuannya menggeleng kecil. Tahu Alea seorang yang pemalu apabila menjadi tumpuan. Lihat sahaja wajah jelita itu yang mula pucat lesi.

"adik panggil abang Indra kat luar. kata kakak cari."
Peha si bongsu disisi ditepuk perlahan.

Adik bongsu Alea akur menapak keluar mencari susuk abang iparnya.

Alea sedaya upaya menahan rasa gugup apabila tangan diletakkan ke atas bantal.

"Saya mulakan ya.."
Gadis yang bertugas melukis inai di tangan Alea meminta izin disambut anggukan dari Alea.

Bibir bawah Alea gigit perlahan apabila tangannya merasa sejuk dengan inai. Nafas dihela perlahan, lega apabila mata melihat susuk sang suami melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah Indra ditatap seolah meminta pertolongan.

Indra yang perasan pandangan sang Isteri tersenyum nipis. Lihat sahaja pada wajah pucat isterinya pasti saat ini wanita itu sedang menahan malu yang menebal. Langkah diatur mendekati susuk ibu mertuanya sebelum dia berbisik perlahan.

Alea berkerut nipis apabila ibunya menjungkitkan kening menatap Indra sebelum Puan Suria mengumumkan sesuatu pada para Wanita yang tadinya memberi perhatian kepadanya.

"Assalamualaikum semua.. kat luar ada truck cendol dengan abc. insha'Allah cukup untuk semua."

Giliran Alea pula menjungkitkan kening mendengar pengumuman Puan Suria. Tetapi sedikit sebanyak dia lega melihat kebanyakkan kaum wanita sudah beransur keluar bagi menikmati cendol.

aksaraWhere stories live. Discover now