aksara 15

463 33 7
                                    

Pandangannya berbalam balam. Kelopak mata yang terasa berat dipaksa untuk buka. Sempat retina mata menangkap sekujur tubuh yang terlena di sisi katil.

Mata Alea berat. Tidak betah untuk membukanya. Tubuhnya terlalu lemah. Tetapi dia cukup kenal tubuh yang tertidur di sisi katil itu.

Mulut yang ditutup bantuan pernafasan cuba dibuka.
"indra.."

Sepi. Tiada suara yang keluar dari bibir.

Saat ini, tubuhnya terlalu lemah. Sehinggakan dia tidak berdaya untuk membuka mata.

Lelah.

Lelah dihentam kerasnya dunia.

.⁠。⁠*⁠♡

RING RING

Tersentak Indra dari lena apabila bunyi telefon menghentam kuat sistem pendengarannya. Tangan naik meraup wajah cuba untuk menghilangkan rasa kantuk yang menguasai.

Handphone miliknya dilihat. Gelap menandakan panggilan bukan dari telefonnya. Anak mata beralih pada handphone Alea yang berada di meja sisi katil.

Terkebil kebil mata Indra cuba untuk mengenalpasti siapa yang menelefon gadis ini.

📱abang ahnaf.

"AllahuAkhbar."
Mengucap Indra apabila dia teringat bahawa dia perlu memaklumkan perihal Alea kepada Ahnaf.

Butang accept ditekan sebelum handphone milik Alea dilekapkan ke telinga.

📞 Alea ! kau pergi mana pagi pagi buta ni ?!.

Tersentak kecil Indra apabila Ahnaf menyoal nyaring.
"Assalamualaikum."

📞 Walaikumusalam.. sapa ni ?

"ni Indra, bang."

📞 Indra ? kau dengan Alea ke ? wait.. ni nombor Alea kan ?.

"Ye bang.. ni nombor Alea. Abang jangan risau, Alea ada dengan saya."
Mata Indra melihat tubuh kecil yang masih belum sedar.

📞 haihh

Dapat Indra tangkap keluhan lega Ahnaf dari corong telefon.

📞 korang pergi mana pagi pagi buta ni ?

Tangan Indra naik mengusap belakang tengkok. Minda ligat berputar untuk mengarang ayat.
"erm.. nanti indra cerita.."

Tersentak Indra apabila handphone miliknya turut berbunyi menandakan ada panggilan. Skrin memaparkan wajah jelita sang umi bermakna panggilan itu dari umi.

"bang.. nanti indra call balik boleh ? umi call pulak."
Pinta Indra sopan. Tidak betah mengabaikan panggilan sang umi mengenangkan dia menghantar message pada umi jam 4 pagi tadi.

📞 hah yelah.. Indra.. take care of her.

Indra tersenyum nipis seraya mata hanya tertacap redup pada wajah si gadis.

Panggilan ditamatkan sebelum panggilan dari Puan Mariam pula diangkat.
"Assalamualaikum umi.."

📞 Walaikumusalam.. angah okay ?
Lembut suara sang umi menyapa pendengaran Indra membuatkan rasa sebak hadir dalam diri.

"angah okay.. tapi.. "

📞 umi ada sayang..

Indra mengemam bibir. Mata menatap sekilas tubuh si gadis yang masih pucat lesi sebelum kaki panjangnya bergerak keluar dari ward peribadi itu.

aksaraWhere stories live. Discover now