aksara 9

442 23 2
                                    

Helaian muka buku lusuh itu ditatap bersama wajah yang langsung tidak bereaksi. Alea diam menatap aksara terakhir yang dicoretnya 6 tahun lalu.

"Abang,
lea sakit."

Masih segar diingatannya bagaimana jari jemarinya menulis setiap aksara itu. Bagaimana dirinya menggigil kesakitan. Bagaimana tangannya memukul mukul dada cuba untuk membuang rasa sakit tika itu.

Masih segar diingatannya bagaimana dia begitu bodoh tika itu. Bodoh menjadi boneka mereka.

Diari lusuh itu ditutup. Tubuh yang tadinya di sisi katil bangun dari duduk. Jam di dinding dilihat sekilas sebelum kakinya menapak menuju ke arah bilik air.

Anak mata cantik Alea menatap wajah tanpa peraaannya di dalam cermin. Refleksi wajah jelita yang jelas menunjukkan keletihan. Tetapi entah kenapa Alea tidak lagi hendak mengalirkan air mata biarpun dia tahu apabila dia membaca kembali setiap kisah dahulu kala.

Dia tahu dia masih belum sembuh.

Tapi mungkin, kali ini.
Dia sudah terbiasa dengan rasa sakit ini. Sehinggakan air mata yang biasanya mengalir tidak lagi mahu keluar.

Pili air di singki dibuka sebelum air itu dibilas ke muka. Hendak melupakan kembali kisah kisah dahulu.

Dia tahu, dia tidak sepatutnya membuka diari lama itu.
Dia cukup tahu bahawa diari itu menjadi saksi titik terakhir hidupnya.

。⁠*゚⁠+

"alea.."

Madiha melangkah masuk ke dalam bilik yang tidak ditutup pintunya. Berkerut wajah jelita Madiha melihat katil Alea yang sedikit berselerak.

"leaa !! keluar makan. aku masak mee goreng."
Jerit Madiha tatkala dia mendengar bunyi air yang mengalir bermakna susuk Alea berada di dalam toilet .

Tangan Madiha ligat mengemaskan katil Alea sebelum anak matanya tertacap pada buku lusuh yang berada di lantai katil.

Kakinya menapak mendekati sebelum buku itu dikutip. Belum sempat jari menyelak helaian muka, ada satu tangan lebih pantas merampas buku dipegangannya.

"Ya Allah lea ! terkejut aku."
Tangan Madiha naik mengusap dada.

Alea hanya tersenyum seraya buku yang dirampas dari Madiha tadi senyap senyap disorokkan ke dalam laci.

"buku apa tu ?"
Soal Madiha. Bukannya dia tidak nampak tangan Alea yang menyimpan buku itu.

"erm.. buku lama. ni kau nak apa ?."

"turun makan. aku masak mee."

"lah kan aku kata malamni aku kene ikut ibu punya dinner kat port dickson."
Terang Alea seraya tangan mencapai telekung yang tergantung elok.

"yelah.. tapi makanlah dulu.. ni abang kau datang ambil pukul berapa ?."
Madiha melabuhkan duduk di atas katil seraya anak mata melihat sebuah bagasi mini milik Alea yang elok terletak di tepi pintu.

"katanya 2:30 dia suruh aku solat dulu. pasni sampailah tu."
Balas Alea ringkas seraya tangan menghamparkan sejadah mengikut arah kiblat.

"hah yelah.. aku tunggu depan."

Alea hanya mengangguk seraya anak mata menghantar tubuh Madiha keluar sebelum dia mula menunaikan solat fardhu zohor.

。⁠*゚⁠+

"nah ni beg ubat. dalam ni semua benda ada. panadol minyak yuyi. oh n aku ada letak hand cream. pastu adalah sikit handyplass. Hah pastu kalau batuk makan ubat cepat cepat. ada dalam ni semua dah."

aksaraWhere stories live. Discover now