aksara 21

476 31 20
                                    

Alea menyambut semua tetamu yang hadir dengan senyuman di bibir. Kaki tidak sudah berulang alik dari dapur membawa makanan dan minuman bagi dijamu pada tetamu.

"lea tolong ambil Yassin dekat dalam bilik bagi Abang.. orang dah nak start baca yassin tu."
Puan Suria mengarah anaknya yang baru tiba di dapur.

Alea mencuci tangan sebelum mengangguk akur. Tudung dibetulkan seraya kaki mengorak langkah ke bilik kecil berdekatan dapur.

Suis lampu dibuka. Kotak yang berada di atas almari dilihat. Bercekak pinggang tubuh itu melangut menatap kotak yang berisi Yassin.
"waduh waduh.. Ibuku.. anak perempuanmu tidaklah setinggi yang disangka."

Kepala melihat sekeliling sebelum tertacap pada kerusi di meja solek. Kerusi ditarik mendekati Almari sebelum tubuh yang dalam busana abaya ringkas tu memanjat kerusi. Kotak yang berisi yassin dicapai. Berkerut wajah jelita itu apabila habuk dari atas almari menyapa hidung.

"alea.."

Tersentak kecil Alea apabila diseru. Hidung yang sudah gatal tidak dapat ditahan lagi.
"hachumm.."

"Alhamdulillah.."

Indra yang berada di muka pintu tersenyum nipis.
"Yarhamukallah."

Alea menggosok hidung yang terasa gatal sebelum kepala ditoleh menatap Indra yang berada di muka pintu yang terbuka luas.
"Indra.."

"buat apa tu sampai panjat kerusi Alea Intisar."
Soal Indra.

"ni ambil Yassin."
Kotak ditangan ditunjuk.

"lahh kenapa tak panggil saya je."
Tanpa kata, kotak di tangan Alea bertukar tangan sebelum Indra diam menanti gadis itu turun dari kerusi.

Alea kembali menyimpan kerusi ditempat awal. Tangan yang sedikit berhabuk ditepuk tepuk sebelum kembali menghulurkan tangan kepada Indra hendak mencapai kotak.
"meh.."

"tutup lampu kipas."
Indra tidak menghiraukan permintaan Alea sebalik dia dengan selamba membawa kotak yang berisi Yassin ke hadapan.

Alea menutup suis lampu kipas sebelum pintu turut ditutup. Langkah diatur mengikut langkah Indra. Hidung yang mula memerah kerana habuk ditahan dari bersin.

Indra meletakkan Yassin ke atas meja sebelum kaki panjang itu menapak ke ruangan dapur. Alea yang masih bingung hanya mengikut langkah Indra.

"hah lea.. dah bagi abang dah ?."
Puan Suria menyoal anaknya.

Belum sempat Alea membalas, Indra lebih pantas membalas pertanyaan Puan Suria.
"Indra letak dekat atas meja depan aunty.."

"oh okay terima kasih Indra."

Indra hanya tersenyum seraya tangan itu mencapai beberapa keping tisu lalu diberikan pada Alea yang berdiri di belakangnya.
"lain kali nak ambil barang tinggi.. panggil saya.. tak pun minta tolong orang.. kan dah merah hidung tu.."

Alea mencapai tisu yang dihulur Indra seraya mengelap hidup yang memerah. Cemberut wajah itu menatap wajah Indra.
"eyy hidung saya merah sebab habuklah takde kena mengena dengan tempat tinggi."

Indra tersenyum gemas apabila gadis ini melawan.
"yer lea.. tempat tinggi ada habuk.. kan relate tu."

Alea memuncung kecil seraya tisu masih dilekap pada hidung. Manakala Indra sudah tersenyum gemas.

Para Wanita yang berada di dapur mula tersenyum senyum melihat mereka berdua. Ada yang mula berbisik kecil, tidak sedar bisikkan itu masih mampu menyapa pendengaran Indra dan Alea.

aksaraWhere stories live. Discover now